Assalamualaikum.
Harini aku nak share pasal diri aku randomly. Aku semasa kecil, semasa awal remaja, and sekarang. Aku divide entry ni pada tiga part. Harap tak jemu baca.
Semasa Kecil Aku macam mana? Teheeeeee.....Masa kecik seriously aku ni jenis yang sangat cranky (waktu baby. Source: ma and ayah aku). Aku takut gile kalau orang yang suara kuat nak dukung aku. Sure aku nangis. Aku jugak budak yang kuat merajuk masa kecik.
Aku anak yang sangat-sangat-sangat-sangat rapat dengan mama aku. Sangat tu mengambarkn "sangatttttt" ok.hahahaha. Memang tak pernah berenggang. Aku bukan jenis berkawan; bukan jenis keluar main petang dengan kawan. Eh, ada sekali je dalam setahun masa darjah 3 aku ada kawan main petang. Setahun tu aku kerap keluar main..hehehehe. Itupun sebab dia merangkap kawan sekelas. Lepas kawan tu pindah, Noli being Noli; kembali kepada norma asal.
Aku ingat lagi, mama aku nurse and dia tak pergi kursus kenaikan pangkat sebab aku jenis tak boleh berjauhan lansung dengan dia. MasyaAllah;kasih ibu membawa ke syurga:') Ada sekali dulu mama kena pergi kursus dua hari kalau tak silap. Aku punya nangis nak ma tu, Allah je tahu.. kakak and ayah aku tak tahu dah nak handle macam mana. Sampai ayah aku macam nak suruh ma aku balik je..hahaha.. So, maybe lepas dari tu mama dah tak attend mana-mana kursus lagi. Sorry ma :(
Hidup aku hanya ada 'ma"... Ada ma beerti selamat and selesa buat aku.Haha. Ok, aku berpisah dengan ma masa dia ke tempat kerja and aku kesekolah je pada weekdays. Malam hari sekolah, ma akan teman aku buat homework or kalau exam season, mama akn teman aku study. Aku tak boleh study xde orang teman; nanti aku nangis. Hoi, apa ke payah nau aku masa kecik..hahaha. malam-malam aku tidur dengan ma. Ma ada ajar berpisah tempat tidur, tapi end of night aku lari bilik ma jugak cari dia. hahaha.
Mama biasa akan teman ayh jugak malam-malam kalau ayah tak tidur lagi atau buat kerja. BEERTI, kalau ma tak naik tidur, aku akan tidur kt ruang tamu jugak... At least, aku tidur kena pegang tangan or kaki or apa-apa yang bersentuhan. Allah-ngada sangat bila aku memorize balik. Malam-malam kalau aku sedar ma xde dekat sbelah, aku akan turun bawah cari ma. Rutin weekdays setiap hari macam tulah :) SAMA tanpa jemu.
Weekend lain sikit. Sejak gov buat system cuti hari Sabtu minggu kedua and keempat, ada dua kali Sabtu and Ahad ma cuti.. Yeyyyyy! Aku la paling seronok..hehehe.. Ok, biasanya pagi-pagi aku ikut ma ke pasar sebab masa cuti, ma akan masak sedap. Aku suka gile pergi pasar sebab ma wajib akan belikan aku buku 'kawan"..Ala, dia berbentuk komik. Lupa nak bagtihau, aku memang suka membaca la masa kecik. Apa je jenis buku, aku suka baca. Lepas balik dari pasar, aku wajib jugak teman ma dekat dekat dapur. Duduk tepi sink atas kerusi tinngi; tengok ma siang ikan, siang sayur, masak sampai siap! Setia kan aku.hahaha. Memang jenis berkepit betul.
Malam-malam tidur kena peluk, kena bersentuhan.. Kalau ma peluk, aku rasa selamat sangat..hahaha..Ma memang tak harap and tak yakin nak lepaskan aku pergi rombongan ke, kem ke...Tapi, dalam tak bagi, 3 tahun berturut kot aku pergi Kem Pengakap dari darjah 4,5,6..Kuasa pujukan! *Flip shawl* Masa tu aku x boleh nak cerna kalau ma xde dalam hidup aku sebab aku rasa macam aku ada ma je..hahaha..kejam kan.. Hidup aku terlalu rapat dengan ma.
Aku selalu jugakkena marah walaupun aku rapat dengan ma. Buat nakal and salah tetaplah kena marah cuma aku jenis yang rapuh dan aku perlukan ma sangat-sangat. Masa 6 tahun ma still mandikan aku untuk pergi sekolah, Syampukan rambut sampai darjah 2 kot, ma suka ank-ank perempuan simpan rambut panjang and dia snggup bangun awal untuk siapkn rambut aku yg panjang da tebal ni. Ikat macam-macam style; dandan lah, Ikat ekor kuda, sanggul la...Seingt aku, masa kecik aku tak pernah rambut pendek. ma selalu belikan reben and klip rmbut untuk aku. Typical anak perempuan gile..hahaha
Ada juga waktu-waktu aku buat kerja sendiri dekat bilik. Contohnya, baca buku, melukis, Buat Kad..hahaha. Aku suka melukis gambar, mewarna...Aku ada main-main jugak dengan akak aku. Bila aku da start pandai baca buku tebal macam penyiasatan, aku dah boleh berenggang dengan ma, tapi, istilah berenggang tu, bila ma dekat bawah aku dekat ats la..hahaha.
Kesimpulannya,begitulah aku dizawan kanak-kanak.. Tak banyak memori bersama kawa-kawan, hanya banyak memori bersma ma:') and keluarga. Sehingga kini, aku tak pernah menyesal malah bersyukur aku hampir tiada memori bersama kawan-kawan, hanya ada memori dengan ma. Disebalik sesuatu kejadian, msti ada hikmah yang lebih baik, Allahuakbar. Eh, kejap..nak tahu kenapa aku cakap aku bersyukur xde memori dengan kawan-kawan and banyak dengan ma?? Tunggu aprt 2 ok..kikikiki.. saja kasi elemnt surprise disitu..hahaha..Till next time, InshaAllah.
Assalamualaikum
No comments:
Post a Comment