Pages

Wednesday 23 November 2016

Sembelit? Tidak lagi dengan Psyllium Husks

Assalamualaikum

Rentetan daripada sakit Adhesion Collic yang dialami, aku sentiasa berusaha untuk cari supplement supaya aku boleh detox sehari sekali at least.

Jadi, apa yang aku buat? Terpaksalah aku seret kaki ke farmasi and seek for advice. Ok, tipu. Niat asal nak beli je 'Si Dadah- Novalax Bisacodyl' akibat kehabisan stock.

Perjalnan mencari 'Si dadah' pun bermula..
"Hello, I nak cari ubat for constipation. Ada tak?" LOL sangat soalan, dah nama pun Farmasi kan.
Sambil hulur satu papan bekas ubat yang dah terkoyak-koyak akibat pengambilan yang kerap.

Si Pharmacyst mencapai bekas ubat yang dah terkoyak-koyak  dan membaca dengan teliti.
"Ada-ada." Sambil hulur satu papan ubat yang sama-masih baru. Mata bersinar akibat dapat apa yang dihajati.

Oh..Cerita ni bukan berakhir dengan aku bayar-lantas-pulang ya. Pharmacyst pun menyambung.
" U ada serious constipation"? Wallah- dia macam tahu-tahu je kan?

Aku pun semangat explain kepada beliau;
"Begini...bla..bla...operation pertama..bla..bla..operation kedua..bla..bla..adhesion colic..bla..bla..hard go to toilet everyday..bla..bla". perh, senafas. Nampak sangat tipu.

Beliau angguk-angguk. Nampak macam dah mula perihatin. kekekeke. So, beliau pun explain, untuk situasi aku, tidak digalakkan untuk ambil Novalax Bisacodyl selalu. Sebab? Sebab usus aku dah conform tak macam usus normal yang constipate.

Usus aku mengalami kesempitan usus. Jadi, dia sarankan aku beli something yang lebih alami. Alami? Gerhhhh..Apa itu? Ok, lebih natural and organic.

Beliau menyambung;
"Kalau u ambil ubat ini secara berterusan, maybe this time u akn ambil sebiji... lama-kelamaan sebiji sudah tidak berkesan. That time u akn perlukan dua, tiga because your colon sudah semakin malas bergerak sendiri." Ok, Dia cakap usus aku malas. Sarcastic buat tuan usus.

Nampak tak? Drug will always being drug, ladies and gentleman. Kita akan addicted-and-addicted-and addicted. "Later u akan fully dependent with this", beliau menyambung lagi rupanya.

OK. faham.

So, "what your suggestion?", Tanya diriku.
"Ok, lets follow me."

Ahaaa...ini lah saat yang ditungu-tunggu <drum rolls>

Beliau hulur sepeket sekam padi.
Nama saintifik nya Psyllium Husk.

Ewww..Apa tu?
Tadaaa.. Inilah beliau
Apa? Tak Nampak?
Ini..kanda kasi zoom sama dia
Eh, makan macam tu je ke?
Oh.. sudah tentu tidak. Kita kena rendamkan dalam air and sifat beliau akan berubah menjadi seperti ini.
Aku dah terpinga-pinga. Apa benda ni? Nampak seperti tidak meyakinkan lansung.
Pharmacyt begitu memahami, lantas menerangkan. "Ini sejenis unique fibre, fibre ni mempunyai daya menyerap air yang sangat baik dan akan membersihkan usus serta menjaga penyerapan air pada kotoran."

"Bagus ke produk ni?" Tengok, tipikal soalan.
"You boleh cuba dulu because ia maybe boleh tolong you prevent your constipation in healthy way".

"Macam mana nak consume?"
"Sekejap, I baca skrip..Jika dicampur dengan air, sekam berserat dari biji psyllium akan membentuk gumpalan menyerupai gel yang menyerap kelebihan cairan dari usus halus dan menghasilkan najis yang lebih besar dan halus. Cara ini dapat membantu mengatasi sembelit kerana membuat najis bergerak lebih cepat. Anda  boleh mengatasi masalah sembelit dengan makan 7.5 gram sekam psyllium, 1 atau 2 kali sehari. Anda boleh minum dengan susu, jus atau air. (Nampak naw ayat copy paste dah..hahahaha) *Tetibe ayat ada anda*

Ahh, malas dah aku buat bentuk cerita, Ni kebaikan Psyllium Husks ni:-
  1. Mengatasi Konstipasi atau melacarkan BAB (Buang Air Besar)
  2. Serat larutnya akan mengikat air pada feses (kotoran), sehingga feses akan menjadi lunak dan mudah dikeluarkan.
  3. Membantu Menurunkan Berat Badan.
  4. Serat larutnya menghambat kerja enzim amylase sehingga menghambat penyerapan karbohidrat dan memberi sensasi rasa kenyang (menekan rasa lapar) di saluran pencernaan. Selain itu dapat mempercepat pengeluaran sisa makanan yang dimakan.
  5. Membantu Menurunkan kolesterol jahat sehingga mencegah penyakit stroke.
  6. Serat larutnya dapat menurunkan kolestrol jahat dalam darah dengan cara mengikat asam empedu dan mengeluarkannya bersama kotoran.
  7. Mengurangi gangguan hemoroid.
  8. Serat larutnya dapat mengatasi gangguan hemoroid yang disebabkan kostipasi kronik.
Begitulah macam mana aku boleh terjebak dengan Psyllium Husk ni. Pengalam peribadi?
"Wow.. sangat amazing. Syukur Alhamdulillah dulu papehal. Sangat serasi dan sangat ok dengan aku."

"Siapa-siapa dengan aku, tahuuuuu lah macam mana sembelitnya seorang aku. dari kecik peel sembelit ni lekat dengan aku. Aku rasa dulu aku tak pernah kot buang hari-hari."

"Lepas consume sekam padi (Ni aku je panggil) ni, aku ke toilet setiap pagi-setiap hari-struktur ehem pun sangat baik (tak keras). Kadang-kadang aku dapat buang dua kali sehari yang sangat miracle la untuk seorang aku. ekekeke."

"See? sekam padi ni sangat murah and worth to buy." In addition, aku tak berapa sure kalau orang lain sejenis yang tak consume air banyak dalam sehari akan dapat result macam aku. Aku minum air dalam sehari paling sikit pun 1.5-2 liter. Paling banyak 3 liter+++. "

Dengar sini rakyat jelata, sekam padi ni jugak bukan specialize untuk orang sembelit je taw. Wanita-wanita yang nak diet, sila juga amalkan sebab seka ni boleh buat kita kenyang taw. tapi, part tu sendiri kena researchla.

Sebab, aku research bab masalah sembelit aku je..Hahahaha.

Ok, buat siapa-siapa yang sembelit. Dah, pergi cari sekam padi ok.

Burbyeeee,
Assalamualaikum

Wednesday 2 November 2016

Misteri Bulan October.

Assalamualaikum
 
Misteri tak tajuk tu? Hey, mestilah *Flip Hair*.hahaha.. Rasa nak lempang tak? Tak payah nak misteri sangat ye. Bulan Oktober aku berjaya buat satu je entry tentang diri aku sebab bulan October bulan gila bagi aku. Kerja ofis menimbun dan semuanya ada due date ye.
 
Aku dah start risau pasal bulan October masa bulan Ogos lagi. Saiko sangat. hahaha. Aku risau sebab kerja aku bergantung dengan kerja orang. Kalau partner hand over kerja tu dekat aku lambat, maka semakin suntuklah aku nak siapkan untuk kejar due date. Gitu hipotesisnya.
 
Bulan October aku kena submit 3 invoice CM + 1 PM. Kalau aku tak sempat hantar, mati la mak. PM tu nak buat documentation dia bukan sikit. Aku sampai bawa balik buat. Ngam-ngam aku dapat hantar yang PM tu 30 October. Pergi hantar, dah tak boleh checking pulak dengan Sjnn Chin tu. Nasib bulan sepuluh ada 31 hari..hhehhe. So, Isnin aku kena pergi lagi Bukit Aman untuk checking.
 
Tu lah misteri yang tak berapa nak misteri kenapa bulan October ada satu je entry..hehehe. Aku rasa nak buat entry yang aku pergi PD haritu tapi masalahnya aku bengang sebab pic aku terdelete. Semua ya. Aku frust betullah. Aku ingat nak buat sequence dia detail...tapi dah gambar takde. Apakah sangat.
 
Oklah. Daaaa

Eh,lagi satu lupa nak tambah. Aku dah tukar header baru..hehehe.. header lama dah boring aku tengok. Ni macam kemas lagi sikit dari yang dulu..hehehe.

Tuesday 1 November 2016

Kronologi Pembacaan dari Kecik

Assalamualaikum.
 
Haaa..Kali ni aku nak update tentang kronologi genre bahan bacaan aku start dari aku kecik. Aku sebenarnya pemalas nak update kalau aku berjalan sana sini, sebab aku malas nak susun gambar..hehehe.. Lebih baik aku update pasal diri sendiri.. Mana tahu satu hari nanti, anak cucu boleh baca. Amboi, kemahennn.
 
Aku start lancar membaca masa umur 6 tahun, masa tadika. Kalau nak tahu, lepas lancar membaca, terus aku taknak pergi tadika dah. Sudahnya aku takde pun gambar konvo tadika, sijil sume takde. Pahadan Muhuke Aku..Dah takde kenagan..hehehe.. Perangai berlagak tak taw ikut sape..Sape ajar aku kalau dah pandai baca, tak yah pergi sekolah dah entah..hahaha.
 
Ok, aku ambik bahan bacaan start dari tadika la ye. Antara buku time tadika yang aku suka baca and still ingat, "The Lady Bug Series". Buku ni ajar tentang Keywords.. tentang Jane and Peter.
Masa tadika aku ada jugak perangai suka baca surat khabar kuat-kuat. Acah-acah pembaca berita. Tapi aku tak berapa ingat sangat masa tadika ni buku apa lagi aku baca.
 
Buku aku yang still ada yang tengah tu, kaler orange..hehhe..Ada lagi kot sekarang
Next, bila masuk usia antara 7-9 tahun, aku gilakan komik.. Mula-mula aku start terjebak dengan Ujang. Ujang ni aku kenal start dari abang-kakak aku lah. Diorang memang pengumpul ujang. Bertimbun-timbun aku tengok dorang kumpul. Aku suka Ujang edisi bumper raya sebab tebal, lepas tu karang dalam tu ada la poster ke apa.. Bagi aku, Ujang dulu best, sekarang tak tahulah. Dah lama pun aku tinggal.
 
Haaa.. Yang nilah edisi bumper April Fool
 
Ni pulak antara Ujang keluaran Bulanan
 
Yang Ni bumper Puasa. Ada jugak bumper raya.
Selain dari Ujang, buku kesukaan time aku budak-budak Komik Kawan. Aku tak taw la sekarang ada keluar lagi ke tak. Selalu aku beli Kawan ni time hari Ahad, sebab aku rajin follow mak aku pergi pasar pagi.hehehe. So, dia akan upah aku buku tu. Aku suka baca Kawan sebab dalam tu dia banyak-banyak segmen.. Tapi, Komik Kawan ni aku syak tak berapa famous lah.
 
Ni la rupa Komik Kawan. Aku tak taw kenapa aku pernah obsess dengan buku ni. Dah la tak famouse.hahaha.
Masuk je range umur 10-12 tahun, aku upgrade sikit tahap pembacaan aku. Wahahaha. Aku suka baca buku yang less image. Buku yang paaaaaaling-terpaling favourite adalah buku siri 5 penyiasat, penulis asal Enid Blyton. Buku dia ni aku sangat addicted ok. Enid Blyton ni keluarkan banyak siri bacaan kanak-kanak tapi yang aku gilakan ialah siri Lima Sekawan (cerita berdasarkan empat anak dan seekor anjing). Aku teruja nak share cerita ni sebab sangat-sangat dekat dengan aku.
 
Kisahnya tentang Eddie, Dean, Mona dan Georgiana (George) and anjing diorang, Tompok adalah Lima Sekawan penyiasat yang masih berusia belasan tahun. Diorang ni ada karakter istimewa masing-masing ok. (Karakter watak ni aku copy-paste dari Miss Wiki. Ayat dia ayat Indon ye. jangan pikir aku guna perkataan bercanda tu semua pulak)
 
1. George (Georgina): Georgina adalah seorang anak perempuan tomboi yang bersikap keras bahwa dia ingin dipanggil George dan tidak dengan nama Georgina. Dengan rambut pendek dan pakaian anak laki-laki, ia seringkali dikira anak lelaki, dan ia senang akan hal itu. George memiliki sifat cepat marah dan keras kepala, dan hanya menyukai sesuatu yang ia sukai. George adalah saudara sepupunya Eddie, Dean, dan Mona.
 
2. Dean : Dean adalah anak yang suka sekali bercanda, tetapi juga teguh dan baik hati. Ia seumuran dengan sepupunya George, dan satu tahun lebih muda dari kakaknya Eddie dan lebih tua dari adik perempuannya, Mona. Dean terkenal sangat suka makan.

3. Eddie : Eddie adalah anak tertua dari lima sekawan, sepupunya George, serta abang kepada Dean dan Mona. Eddie dikenal tinggi, kuat dan cerdas serta peduli dan bertanggung jawab sebagai pemimpin dari lima sekawan.

4. Mona: Mona adalah bungsu dalam grup, dan biasanya ia banyak melakukan persiapan lima sekawan dalam berbagai hiburan atau dalam pengembaraan, seperti menyiapkan bekal makanan dan minuman. Mona agak penakut dan lebih tidak suka terlibat dalam misteri dan pengembaraan, dan ia sering mengatakan untuk tidak lagi terlibat dalam misteri meskipun akhirnya hal itu tak terhindarkan.

5. Tompok: Tompok, kadang-kadang dipanggil Tom, adalah anjing kesayangan George yang sangat cerdas dan setia kepada Lima Sekawan, khususnya bagi George. Fisiknya yang kuat membuat ia menjadi pelindung bagi anak-anak dalam beberapa hal. George senang memuji Tompok dan berpikir bahwa dia adalah anjing terbaik di dunia. Dalam buku pertama seri Lima Sekawan, orang tua George melarang George untuk tetap memelihara Tompok dan George terpaksa menyembunyikannya dengan seorang teman di desa. Setelah akhir dari seri pertama Lima Sekawan, orang tuanya akhirnya memperbolehkan George untuk memelihara Tompok.

 Cerita ni serius best lah dari Siri Penyiasatan yang lain. Sebab, mungkin diorang stil budak-budak lagi and kena la dengan jiwa aku masa umur tu. Ok, ni list cerita 5 sekawan ni ye.

1. Di Pulau Pusaka- Dah baca
2. Cabut Lari - Dah baca
3. Di Puncak Penyamun - Dah baca
4. Membuat Penyiasatan
5. Berkereta Kuda
6. Di Pulau Kenari Lagi
7. Pergi Berkhemah - Dah baca
8. Dalam Bahaya - Dah baca
9. Mengembara Bersama - Dah baca
10. Mengembara Lagi - Dah baca
11. Di Tepi Laut
12. Riang Merantau
13. Ke Padang Singkir
14. Sungguh Gembira
15. Di Ladang Permai
16. Di Batu Puaka
17. Di Pulai Berbisik - Dah baca
18. Di Bukit Jaguh - Dah baca

Kenapa ada banyak jugak yang aku rasa aku tak baca lagi..Uwaaa. ke ingatan aku dah kurang? Aku teringin nak baca semula tapi koleksi buku tu sekarang dah hilang. Kalau ada jual pun, dah mahalll. Aku kena Tanya kakak aku ni- ada ke yang dah baca tapi aku lupa..hahhaha. OMG, cne eh aku nak collect semula semua koleksi 5 sekawan ni? Aku nak bacalah, rindu.huhuhu. Selain 5 sekawan ni, sekali sekala aku layan lah jugak siri penyiasatan yang lain macam Siri Salma. Sape penah baca? hahaha. Lepastu aku layan jugak Siri Hadi. Tapi, kedua-dua ni tak boleh beat yang enid blyton bagi diri aku la. Maybe sebab Diorag dah dewasa. Ada jugak aku baca siri penyiasatan remaja yang sama macam Enid Blyton, stillllll tak se'best Enid Blyton.
 
Ni lah buku Siri Salma
 
Ok, dah. Masuk awal remaja pulak. Aku ambik range umur 13-17 tahun. Haaaa....time ni konflik sudah mula berlaku.. Yannadeyyyy..hahaha  tetiba je bunyi yannadeyyy..hahaha. Ok, time ni of courselah dah start baca novel cinta cintun gitueeeeeee..kahkahkah. Ala.novel nama apa aku tak la berapa ingat, cuma aku ingat banyak yang dari Alaf 21. Novel-novel ni sebenarnya tak berapa lekat dalam ingatan aku sangat. Cuma, ada yang paling aku ingat satu novel ni tajuk Ria Qistina. Kejap, aku goggle pic dia.
 
Haaa..ni cover dia. Buku ni kakak aku beli. Aku suka sebab pasal tomboy ke cne tah..hahahha
Aku rasa selepas umur 17 tahun kot, genre bacaan aku dah selektif sikit. Aku jadi kurang minat pada genre love story relation too direct. Yang balik-balik cerita cinta. Yang ulang-ulang, kenal-konflik-happy ending. Sebab tu tadi aku cakap, novel love story tak berapa lekat sangat dalam kepala aku. First novel yang memang lekat-betul dalam kepala aku adalah penulisan Hlovate. Bagi aku, penulisan dia lain. Love story relation dia tak too direct. balik-balik cinta women-men. Hmmpppphhhh. Cerita dia signifkan; lepastu vocab dia aku suka, santai yet sampai. Penulisan dia menggambarkan dia memang 'orang seni'. Entah. Tu just my 2 cents tentang dia. Orang lain aku tak sure. Penulisan dia pun menngambarkan growth dia. Dari cerita Tunas, Aa+Bb (mengambarkan background alam persekolahan) sampailah kepada cerita lebih serius yang aku nampak dalam Versus, Contengan Perjalanan etc. Lagipun Hlovate memang tulis untuk quality aku rasa. Dia tak kejar famous and dia tak hasilkan buku by quantity.
 
Karya-karya Hlovate  telah menampakkan satu proses kematangan dan pembaikan yang ketara. Ia bermula dengan lovey dovey, kisah budak sekolah dan kisah budak universiti. Tambahlah sedikit perencah agama. Tetapi bermula dengan Rooftop Rant, Versus, Contengan Jalanan, Anthem - sangat jelas di situ- Hlovate sudah mahir memasukkan elemen-elemen agama sebagai tunjang utama cerita dalam mendidik pembaca menjadi orang yang baik melalui karya-karyanya. Ada kisah cinta tetapi ia hanya sampingan. (Yang ni aku copy-paste.ekekekke). tapi, aku akui la, gaya penulisan Hlovate yang 'cool' tu bukan satu gaya penulisan indah Bahasa Melayu yang betul. Maybe in a bright side, aku rasa. penulisan gaya Hlovate adalah untuk attract golongan remaja untuk faham 'content' nya. Bukan pada perbendaharaan kata. Tapi, bagi pencinta bahasa, bagi diorang, penggunaan elemen bahasa adalah satu perkara penting.ekekeke.
 
Ini Semua koleksi Hlovate and semua aku dah khatam Tapi, kakak aku lah yang beli..hahahha
Next novel yang aku rasa dekaaat sangat dengan aku dan ada quality yang tersendiri ialah novel Noor Suraya. Aku tak tahu novel dia yang dulu-dulu tapi aku start jatuh hati dengan novel Noor Suraya masa baca Surat Ungu Untuk Nuha. Yes, this one masterpiece ada elemen penggunaan Bhasa melayu yang sangat indah. Sangat. Lepastu dengan persekitaran kampung melayu yang harmoni (Aku syak dekat Kedah). Elemen cinta dia menarik tapi more to reality vibes. Antara Nuha dengan Alang. Cinta yang tak hiperbola and meleret-leret fantasinya.
 
yess...Ini dia novelnya..hehe.. Aku baca berulang kali.
Antara buku Noor Suraya yang aku dah khatam jaja&din, Gadisku wan Adnin, Langsir Biji Remia, Cintaku Luruh di Oxford, Pelangi, panggil Aku Dahlia, Damai, Tanah Andriyana, Gurindam Jiwa, Keranamu Ain, dan Kebun Mimpi.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Karya A Samad Said aku pernah baca dua cerita je. Salina dengan Adik Datang. Vocab dia sangat dalam dan ada kualiti yang sangat baik. Tapi, bagi aku, karya A.Samad Said bukan bahan bacaan santai. Aku kadang-kadang banyak kali menguap..hahaha.. memang ambik masa nak habiskan. Uiii..serius, aku suka untuk tahu latar cerita dia yang berkisar sekitar perang dunia kedua, tapi memang kena struggle lah menelaah kosa kata beliau..hahahha.

yang ni ada dalam koleksi aku. Salina 2. Yang ni kira edisi Ringkas. Kalau korek yang terbitan pertama, novel dia mmang klasik and lebih tebal.
 
Yang ni pun sama. Worth kalau memang kita spent time baca untuk focus cumanya aku banyak menguap.hahahha
Buku apa lagi aku baca eh? Aku baca Doctor Umum (Biografi Tun Dr Mahathir Muhammad). Syok buku ni sebab penceritaan tentang Tun denga lebih details, yang kita tak pernah tahu dekat mana-mana.



 Aku pernah baca jugak Sepahit Jadam tulisan Nik Mohamad Abduh. Tapi, ni bukan soal politik atau apa. Aku suka ambil tahu serba sedkit je..hehehe.



Itu antara genre pembacaan yang aku pernah baca dan lekat dalam kepala aku. Sebenarnya banyak lagi bahan bacaan lain yang aku baca tapi aku pilih yang dominan je lah. Macam majalah Wanita, Rapi, Sihat, pengantin etc. Macam yang aku bagitahu, aku pilih yang dominan sahaja.

Kalau orang Tanya aku,
                                           "Baca Doraemon tak masa kecik-kecik?"

Jawapan aku:-
                                            "Tak.hahaha. Sebab takde colour.Pffttttt"

Ok, burbyeee.
Assalamualaikum