Pages

Wednesday 11 November 2020

Persediaan bertunang secara teratur. Perlukah?

 Holla,

Perlu ke persediaan kahwin dan bertunang ni dibuat secara teratur/ well-organized? Atau anda-anda diluar sana (terutamanya bakal pengantin) lebih senang memilih 'go with the flow' sahaja. Atau duk main plan dalam kepala kemudian laksanakan? Well, pilihan di tangan masing-masing kan. Tepuk dada tanya selera.mihmihmih.

Hari ni aku sekadar nak berkongsi pengalaman aku membuat persediaan bertunang dulu. Next post aku akan share persiapan kahwin aku yang dah tentu-tentu lagi panjang. haha. Tahu, dah terlambat untuk aku sharing sebab usia perkahwinan aku dah pun mencecah 3 tahun 6 bulan. Tapi, sebab aku documented kan hampir semua peristiwa, so harini dapatlah aku sharing tips-tips yang berguna buat sesiapa yang memerlukan diluar sana. Ok, jom kita explore. 


Aku rasa aku jenis yang well-organised so sebab tu aku buat satu planner khas untuk setiap majlis penting dalam hidup aku. Ada 2 objektif aku buat planner ni.

1. Semasa : sebagai planner untuk catat aktiviti semasa. contohnya, budget, target dan apa barang yang nak dibeli, segala outcome perbincangan, dll. 

2. Selepas majlis : sebagai kenang-kenangan dan memori berharga yang kita akan ingat sampai bila-bila. Sekecil-kecil details akan dicatat dan nanti jadi memori paling berharga buat korang untuk dikenang.

Terpulang bagi korang untuk set objektif kenapa korang perlu ada planner. Kalau korang sukakan sesuatu yang kreatif, jadi boleh lah decorate macam yang aku punya diatas. Kalau korang jenis yang simple, tulis macam catatan biasa pun dah memadai. Jom tengok next page.


Aku start buat planner ni since aku plan untuk bertunang lagi dah. Bertunang ni biasanya cost tak besar macam majlis kahwin so dari sini aku nak tengok efektif atau tidak untuk ada planner. 

                             

Page pertama, aku dah catat siap-siap menu pada majlis tersebut dan berapa headcout untuk dapat anggaran budget yang perlu dikeluarkan. Aku sertakan juga beberapa checklist penting. Contohnya, tarikh masak, tarikh in duit kepada caterer (dalam kes aku, kakak dan abang ipar yang masak, so perlu tahu tarikh untuk in duit pada diorang), pinggan mangkuk yang akan digunakan samada jenis pakai buang atau jenis yang perlu dibasuh (perlu difikirkan juga tenaga kerja jika mahu guna pinggan yang dibasuh), dan menu akan dihidang secara buffet/secara hidang. 

Listkan juga barang hantaran untuk bertunang. Biasanya tunang ni simple-simple je, so senaraikan untuk kedua pihak lelaki dan perempuan. Senang untuk korang buat budget kasar dan dah boleh mula menyimpan. Itu yang penting! Catatkan sekali detail-detail yang mungkin kita mudah terlepas pandang, contohnya dulang hantaran. Samada korang boleh pinjam dengan saudara-mara atau ada budget lebih boleh beli. Next.

                               

Page seterusnya aku catatkan info tentang khemah + meja & kerusi (bagi sesiapa yang buat didewan,  adakah dewan tu menyediakan kerusi dan meja?So, ini yang perlu korang highlightkan dalam planner tu), make-up, pakaian, deco pelamin, fotografer dll. Untuk setiap details ni aku akan catat siap-siap siapa yang akan aku guna khidmatnya (survey dulu lah yang pastinya,jangan semberono conteng-conteng planner tu sampai korang pening- sebab planner ni jugak akan jadi tempat rujukan), anggaran harga, dan checklist-cheklist penting yang berkaitan. Contohnya yang aku diatas, nampak tak tulisan dengan pen merah? Tu semua checklist. Kalau dah settlekan atau dah siap dilaksanakan, aku akan tick. So mudah untuk kita tahu apa yang kita dah buat dan apa yang belum. 

Next page tu aku buat simple minit untuk setiap perbincangan antara aku dan pasangan. Next jumpa/meeting kita kena bincang pasal apa pulak. Jadi, kita takdelah out of track nanti. Tahu dah nanti apa yang nak dibuat. Nota kaki dibawah tu sebagai selingan je, aku selitkan moment apa yang berlaku semasa perbincangan tu. Kata nak buat sebagai kenangan jugak kan? so, 2 in 1 la kiranya ni. 

                                

Kalau korang extra rajin boleh ambik mana-mana calendar kuda yang berlebih kat rumah tu, gunting dan tampal dalam ni. Kalau yang aku ni print out sendiri je. So, tuliskan event-event penting yang korang perlu buat untuk tarikh sekian-sekian. Contoh yang aku ni, 23/24hb tu aku tulis coklat, cincin, alas dulang, dulang, pakaian. Yang mana aku dah sediakan aku tick kan. 

5hb pulak aku tulis reminder untuk ingatkan ayah aku supaya settlekan bab khemah (sebab khemah pinjam yang surau berdekatan rumah), invite jiran tetangga, inform jurucakap majlis, bila dan siapa yang akan pasang khemah. Mengingatkam urusan orang lain ni yang perlu ada reminder, yang pastinya. haha. Kita tak boleh cakap sekali kemudian lepas 100% kat orang tu. Nanti taw-taw hapah pun tak dibuatnya lagi kalau orang lain tu terlupa ke apa. 27hb pulak aku note down untuk confirmkan dengan khidmat fotografer dan khidmat make-up. 

Tu page sebelah nampak love sebesar gajah tu? Tu la tarikh keramat aku bertunang. 6 Ogos 2016. Kenapa buat love besar-besar warna merah? sebab bagi senang nampak la ceq oi. Nampak tak aku gariskan panjang 1-3hb? Aku tulis 'remind ayah'. Ha, aku memang particular sebab tu aku buat planner.haha. 2/3 hari sebelum majlis, aku siap catat flow-flow penting. 4hb aku tulis, 'Wie (suami aku) hantar Noli dekat rumah Kakpi (kakak aku)', 'Buah epal', 'Ambik hantaran Wie'. 

5hb pulak semakin berjela catatan, sehari sebelum majlis la katakan. haha. Antara yang ditulis:

. Bagi cash dekat Kakpi RM500
. Kakpi & Ajid (abang ipar) masak
. Cheese tart & Cream puff
. Siapa yang akan panggil Noli untuk turun sarung cincin (Nampak tak sedetailnya aku tulis, so senang tak la ternganga-nganga nanti)
. Pasang khemah.

                                 

Page kiri tu aku memang akan simpan segala resit pembelian berkaitan pertunangan aku. Aku simpan, fotostat (kalau tampal original resit, lama-lama carbon ink tu akan pudar), dan tampal. Aku selitkan juga nota kaki kecil berkaitan pembelian tu. Kenapa buat macam tu? selain sebagai rujukan kemana duit dah pergi (bukan nak cakap apa ya, bila kita dah mula buat persiapan majlis, benda-benda kecil yang kita belilah yang paling besar budget sebenarnya dan apa yang penting selalunya kita takkan perasan. Bahaya ok. Nanti-nanti kita tanya balik atau akan argue dengan pasangan, "Awak beli apa guna duit tu semalam, tinggal banyak ni je duit?" atau, "Eh, duit semalam tinggal banyak ni je? Aku beli apa lagi semalam?". Haaa, untuk elak sebarang argument, kita catat siap-siap so apa-apa yang kita tak pasti..zasss rujuk je semula. Aaagitchuu. Alasan lainnya, sekarang ni aku dengan Hazwie (suami) suka gila tengok-tengok balik buku ni. Sekecil-kecil perkara pun ada bukti dan dicatat! Kenangan yang tak ternilai kan? Kalau jodoh panjang, memang benda ni akan jadi sentimental value. Tapi, kalau jodoh tak panjang..erkk.Haha. Boleh je disimpan atau buat rujukan majlis lain nanti. Simple. Yang aku tu resit aku beli coklat buat hantaran dengan resit parking. Haha. Parking pun aku tampal. Noli....Noli. 

Eh japppp. nak taw kenapa aku simpan resit parking tu? sebab ada peristiwa. haha. Nasib aku tulis nota kaki tu, kalau tak confirm lupa dah. Sebabnya kiteorang tersalah parking pergi parking bahagian valet kalau tak salah, atau parking VIP yang parking spesies kayangan, Kena RM20. amikauu. Untuk rakyat marhaen macam aku, parking saja kena RM20 boleh jadi sejarah yang takkan terlupakan, tahu? So yasss, sebab tu aku tulis dalam ni. kenangan. Haha. Tapi, benda camni gunanya bila kita terr over spent duit majlis tak tentu hala sampai habis RM20. Nanti partner argue, kita tunjuk planner ni.."tersilap parking wakkk". Bhahahaha. 

Page sebelah kanan. Aku buat simple minit jugak, perbincangan dengan Hazwie. So, apa yang aku catat?

1. Content perbincangan semasa merisik & bertunang.
> Ok, ini lah bahagian terpenting yang perlu korang bincang dengan pasangan. Biasa content utama untuk bertunang ni tak lari dengan 2 isu ni. Tempoh ikatan dan jumlah hantaran. Yass, yang ini perlu ikut kemuafakatan pasangan dan keredhaan keluarga kedua belah pihak. Ok?

2. Itinerary majlis.
> Adalah lebih afdhol pasangan yang memainkan watak utama ni yang paling arif mengenai flow majlis pada hari penting berlaku. Sebab? sebabnya kalau orang duk tanya apa-apa, takdelah kita ter blur-blur atau tak tahu menahu. Perlu diingat, jangan serah 100% pada mak-ayah atau keluarga. Jadi pengantin yang bertanggungjawab dengan ambik tahu setiap inci majlis korang. Lepas korang bincang dengan pasangan, usulkan pada keluarga dan minta pandangan orang tua jugak berkenaan hal tu. 

3. Current budget/ bajet semasa.
> Buat kiraan bajet yang paling realistik denngan duit korang yang dah ada. Macam aku, aku list dulu total duit yang ada pada kiteorang. Kemudian, baru list kan bajet kasar untuk majlis macam makan, khemah/meja, make-up, pakaian, fotografer, barang hantaran. Kemudian, tolak sesiap dan balance tu agihkan pulak untuk beli perkara-perkara kecik. Yang paling penting, duit as contigency WAJID ADA ya. Cash perlu ada kat korang untuk perkara ad-hoc yang tak terjangka untuk hari penting korang tu. maklumlah, benda-benda macam orang mintak duit nak beli ais la. Kejap nanti orang cakap ni tak cukup, tu tak cukup la. So, penting ada duit tambahan, paham?


OK, ni antara benda yang korang kena simpan la bagi aku. Resit cincin merisik dan tunang! Ini la tanda yang paling besar untuk korang. So, resit pembelian tu fotostat dan tampal elok-elok. Sat lagi lepas dah kahwin, borak-borak. Mesti ada keluar pertanyaan, "dulu harga emas masa kita nak tunang murah lagi. Berapa haritu cincin tunang kita beli?". Haaaa, jam-jam tu la bawak keluar planner tengok. Jangan cakap benda-benda sentimental value ni tak penting ceq oii. Tak semua otak kita boleh recall sekecil-kecil benda yang berlaku dalam hidup kita. Nanti ada la yang kata, "simpan cincin sudahlah..buat apa sampai ke resit nak simpan?" Harga tu..harga tu penting juga ya. Bayangkan selepas 20 tahun, anak cucu kita duk kelebet planner ni, dia boleh nampak harga emas tahun 2016 okay. Haha. 


Last part, aku share hasil sketch tak bertauliah untuk pelamin aku. Wahaha. Aku nak jimat, so pelamin deco sendiri je. Tema aku pilih tradisional so aku guna-guna je barang yang ada dekat hiasan rumah. Jimat kan? sketch macam kan designer, haha. Tapi, korang nak tengok tak hasil dari apa yang aku sketch ni? Scroll bawah
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.

.
.
.
.

.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
Scroll bawah lagi la
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.

.
.
.

.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.


Tadaaa..hahaha. Semua tu deco sendiri je. Baju tunang pun simple je aku pilih, semuanya konsep tradisional. Alhamdulillah, dalam 9 bulan kami bertunang, kami terus ke fasa seterusnya. Nikah dan majlis resepsi.

So, bagi aku bila kita buat planner khas untuk majlis penting, memang kita dapat eliminate risiko-risiko over spent or over budget, pengurusan jadi lebih teratur, kita dapat mengurangkan risiko terlepas pandang sesuatu perkara. Semua akan lebih organize. Aku memang menggalakkan bagi pasangan-pasangan yang bakal bertunang atau bakal berkahwin, silalah buat planner. Tak sama macam aku takpe, tapi biar tersusun details majlis korang tu nanti. It really helps! Lepastu, memang syok la lepas kahwin nak recall balik sama-sama nanti. Aku dah lalui dan aku percaya korang pun bakal lalui benda yang sama. So, selamat bertunang bagi yang dah selamat membaca entry aku ni sampai habis. Next entry aku akan tunjuk plan aku untuk majlis nikah dan resepsi. maybe kena buat 2 part kot. Haha. Eh, kehidupan lepas kahwin pun aku ada buat satu diari khas taw tak? Kalau rajin nanti aku share lagi.

p/s : Boleh baca entry pasal majlis bertunang aku di sini

Tada. 

Rawang,
111120
4.30pm


Monday 23 December 2019

Balik Mentakab & Temerloh jenguk ayah dan tok kami (21 & 22 Disember 2019) - Day 2

Ok, Kita sambung day 2.

Bangun pagi Ahad- apa lagi? Ke Pekan Sari (Read:Sehari) Temerloh la. Alaaa..yang terpanjang di semenanjung Malaysia itewwww. Konsep pekan sari ni sama je dengan tempat lain tapi sebab banyak barang-barang kampung @ tradisional yang dijual yang buat dia ohsem. Cakap je baraang kampung yang rare, InshaAllah ada jual. Contohnya kulat sisir yang warna coklat tu dengan ada 1 buah kulit warna hitam tapi dalam isi dia warna coklat (rupa isi dia macam baldu), aku panggil namanya Buah Krai kot.. Kalau kuih, ada yang macam dodol kukus tu la. Eh banyak lagi sebenarnya.Haha. Contohnye punnnnn..kahkahkah. Tapi benda aku wajib beli ke pekan sari ni ada 2. 1) Dodol kukus 2) Nanas madu + dia letak serbuk kulit asam tu..yang Allah. ngences. haha. Tiba-tiba cakap Jawa. 

Haritu aku dengan Hazwie terus sapederk nasi dengan patin masak tempoyak lagi. Aku ambik bahagian ekor pulak harini. Dah cakap balik kampung kannn..makan sampai puas la..kat KL aku tak jumpa lagi yang sama macam dekat Temerloh. Dah kenyang, tapau untuk ayah dan makcik along mee kari..Aku dengan Hazwie pulak Laksam. Lepastu kiteorang beli nanas madu. Kemudian, terus ke Lanchang nak jumpa ayah dan makcik along.

Sampai Lanchang, terus ke paya..tengok ayah mancing. Sejak dah pencen ni, bukan main lagi ayah ni aku tengok.Hahaha. Ntah bila-bila dia pandai mancing ntah. tengok video beliau kat bawah ni


Tu konon-konon tengah pasang umpan.Hahaha. Aku bersyukur tengok life ayah aku sekarang. Ada life. Maksudnya pengisian hidup hari tua dia aku nampak la lebih bermakna. Alhamdulillah. So, kiteorang lepak la kat situ then makcik along ajak balik rumah dia kat lanchang. Sampai sana, ayah ajak pergi kenduri orang sana. Dengan aku tak pakai baju kurung, pergi jugaklah.haha. Makan banyak pulak tu, siap ambik cendol and bubur kacang. So, settle kat kenduri, balik semula ke rumah makcik along..lepak-lepas berbual dengan ayah pasal nak tolong organize kan kelas training e posy beliau. Dah berapa jam tu, kiteorang balik semula ke Mentakab.

Masa di mentakab, macam biasa. Aku create Telenovela ayamore jap dengan hazwie. Tapi, kejap jela. Hahaha. Next plan nak tengok Tok Kecik pulak kat Temerloh. Padat naw 2 hari ni. Lepas pack barang-barang, kiteorang terus ke Lebak. Sampai sana, terus naik ke rumah Tok la..nampak la Tok makin uzur. makin kurus, mengadu mata dah kabur katanya.

Aku sampai, buat la air untuk minum and sebelum tu aku dah beli pisang goreng siap-siap. Nak buat air pun ada cerita. Aku tak pandai buat air yang jenis serba serbi guna serbuk. Contoh, serbuk teh, serbuk kopi. Plan nak bancuh teh O je,,sekali dengan teh terpekat, dengan gula tok penuh semut. Tukar buat air teh susu. Ok la dari takde. so duduk lah menyembang dengan tok sampai maghrib. Abang aku pun join jugak menyembang. Lepas maghrib, kami dah nak gerak ke KL semula.

Hazwie ikut jalan KL lama malam tu. Aku dah la perut kosng, jalan tu pulak berliku-liku. Sampai KL terus muntah. Dah lega, tapau makanan makan dekat rumah. So, sttle la 2 hari balik Mentakab.

Jumpa lagi.

Taman Sri Layang, Mentakab.
Kg.Lebak, Temerloh.
221219

Balik Mentakab & Temerloh jenguk ayah dan tok kami (21 & 22 Disember 2019) - Day 1

Holla,

Nak cerita aktiviti weekend lepas. Gambar takde sebab malas ambik. So, kita cerita je la ye. Minggu tu abang Li (abang aku) & keluarga datang tido rumah. Diorang stay dari Khamis-Ahad. Tapi, Sabtu Ahad memang aku & Hazwie plan nak balik Mentakab dah sebelum tu. 

So, balik pada cerita Sabtu tu. Aku dengan Hazwie gerak dari KL ke Mentakab pukul 11.30am. Niat asal nak attend wedding kawan lama la. Nama dia Hani Afina. Lama tak lama, member sekolah rendah yang dah lama tak jumpa.haha. Memang plan baekkkk punya nak attend. Aku dah bukan main ayu pakai baju warna pink. Masa dah sampai Karak kalau tak silap, Hazwie tanya soalan;

     Hazwie : Ni yang wedding ni kawan sekolah menengah ke kawan zaman U?
     Aku      : Taklah, kawan sekolah rendah (sengih-sengih)
     Hazwie : Hmmmmm..oooookaaaayyyy.
           
     **pause beberapa detik**

     Hazwie : Dia ingat lagi ke muka?

Haiii..dia memang saja buat tahap keyakinan aku longgar ni. Aku pun cakap.

    Aku      : Excuse me eh, dia memang invite guna DM IG..so memang dia ingat lah muka.
    Hazwie : Korang dulu rapat ke?

Ko tengok...ko tengok soalan dia. Aku dah goyahhh niiii..Hahahaha. Last-last aku cakap;

   Aku: Emm..kalau dia tak ingat muka camne ni? Tak yah lah pergi.

Hahaha..Aku memang mudah goyah..Eii benci. So, cancel la kiteorang ke wedding kawan tu. Terus exit Temerloh. Hazwie suruh aku makan patin masak tempoyak orang koi. Berbahagia rasa hati ini.mihmihmih. Hazwie tak makan ikan sungai so dia suruh aku jela makan. Dia ambik lauk lain. Aku ambik bahagian kepala. Fuh! Sroottt..Sroot dia punya lemaks bawah dagu tu dengan kuah tempoyak pekat...Arhhhhh..

Siap-siap makan nak terus balik rumah Mentakab, nak rehat lu. Apa lu2? dah macam dak wechat pulak. Tapiiiii, tak berapa nak boleh rehat mana lah sebab...


Korang nampak tak benda tersembunyi atas tilam tu? Uwaaa..ada kucing bunting terlepas masuk rumah, kemudian dia lepaskan hajat dia merata-rata. Gambar ni bahagian atas, bilik si Kokpi (Kakak aku).Hahaha. Nasib bilik aku takde. Kat carpet ruang tamu bawah pun dia membuang. Dah satu kerja aku dengan Hazwie kena basuh dulu carpet tu. Bau dia tak yah cakaplaaaa. Settle basuh carpet, aku settelkan bilik Kokpi tu pulak.

Buang taik kucing tu then curah air sabun and berus-berus. Curah pulak Febreez. Last sekali aku spray perfume Yahudi Mabuk Kokpi yang aku jumpa atas meja make-up dia. Bhahahaha. Legaaa bau lepas tu. (Read: Perfume Yahudi Mabuk tu perfume Arab. Bau dia Nauzubillah kuat gila. Sesuailah buat tutup bau taik Kucing.Hahaha)

Settle bab taik-menaik, aku capai penyapu pulak. Sapu ruang atas and ruang bawah termasuk dapur. Habuk rumah tu ya Allah, tebal gila. Yela, ayah aku jarang tidur situ. Memang orang jarang balik bermalam pun rumah Mentakab tu. Sesuai la dengan habuk berkati-kati camtu. Aku ni merajinkan diri pun sebab aku yang tak lalu nak tidur malam tu penuh dengan habuk. Settle menyapu, continue dengan mop satu rumah jugak.

Mop tu siap naik cendawan, Ewwww. Aku dah geli tapi terpaksa la jugak buat kan. Siap mop, nak pijak rumah memang lega gila la. Kaki rasa bersih je, takde hitam-hitam. Last things yang aku kena settlekan haritu bersihkan kolah dalam bilik air. Lap ploh..lap ploh..Malam nanti nak mandi. Dasar kolah tu kan macam ada daki-daki air..Lantai bilik air nasib baik bersih. Aku syak abang aku dah cuci. Aku just perlu bersihkan kolah tu je.

Dah settle cuci kolah barulah aku boleh rehat. Lega sangat-sangat, at least rumah dah bersih. macam tu lah rumah Mentakab ni. Siapa balik, dia la tolong settelkan supaya tak nampak teruk sangat. Haritu abang aku balik dia tolong restucture perabot-perabot dalam rumah tu. Lapang la sikit mata tu. Nanti raya aku plan nak deco ruang bergambar pagi raya la.Hahaha. 

Dah settle mandi dengan yakinnya sebab kolah dah bersih, kiteorang keluar cari makanan. Plan nak tapau je. Ayah aku malam tu tidur Lanchang. So, aku tapau 2 nasi goreng cina, 1 kueyteow goreng, 1 sup sayur. Lichinnnn kiteorang makan malam tu. Siap makan, bentang tilam depan tv..apalagii tengok TV. Ko bayangkanlah dengan seharian berjalan, sampai rumah kemas itu ini..Dah malam tergolek dengan perut kenyang, dia punya nikmatt tu..hoooo.

So, day 2 sambung esok pulak..letih dah type. 

Taman Sri Layang, Mentakab.
211219


Thursday 12 December 2019

Tiga tahun kemudian...

Wow...lamanya blog ni tak berusik. Aku dah kahwin hampir 3 tahun. Banyak perkara berlaku yang tak tercatat dalam ni. Of course banyak benda dah berubah jugak. So, apa yang terbaru sekarang?

Aku? Dah pun selamat menjadi isteri kepada Mohamad Hazwie Bin Ma'rof selama 2 tahun 7 bulan. Last entry aku masih lagi tengah buat persiapan majlis. Majlis bertunang sempat catat dalam ni. Pheww lega.Haha. Majlis resepsi? Nanti-nanti kalau ada masa aku buat 1 entry khas walaupun dah banyak lupa. Tapi, nasib baik persiapan kahwin aku ada buat 1 buku khas yang ada catat banyak benda penting sebagai kenangan. Maybe buku tu akan banyak bantu aku untuk write-up entry majlis sendiri. Pasangan yang akan kahwin boleh guna jugak tips aku ni nanti kalau korang rajin nak buat la. 

Kehidupan selepas berkahwin? Lepas kahwin aku resign dari kerja lama. Aku ikut Hazwie pindah Ipoh. Duduk Ipoh dalam 10 bulan dan kiteorng decide nak settle down KL semula. So, pindah lah pulak kiteorang ke KL. Di KL, aku kerja semula la. Rindunya nak jadi housewife yang boleh generate income dari rumah. Alhamdulillah, aku bahagia dengan rumah tangga walaupun masih tak ada rezeki dikurniakan baby. Tapi takpe, bercinta dulu lama-lama sikit.haha. 

Fizikal sekarang? Of course masih kurrrrrrr...ok dah gemok!kah. Ala, nanti-nanti la diet. Tapi, semalam baru aku dapat tahu yang aku dah dapat penyakit gastrik. Uwaaaaaaaa. Malam tadi muntah-muntah dekat 4 kali, lepastu rasa loya je. Terus pergi klinik and yesss..gastrik. Macam-macam la kan? 

So far, itu je aku dapat update untuk kalini. Nanti slow-slow nak update semula daily life hidup aku sebagai kenangan. Dah tua nanti boleh baca semula..ok bye!

Terimalah gambar terbaru kami. Awwwww.Hahaha