Assalamualaikum..
Aku ada banyak entry yang tersave dalam draft. Takpe, one by one aku publish nanti. This time aku ada true story tentang satu kisah ni. Nama sebenar terpaksalah dirahsiakan..hahaha.. nanti owner dia taw kalu, mampos aku..hahahaha.
Aku rasa setiap dari manusia Allah bekalkan rasa 'humanity yang tinggi dalam diri, so called as yang ada kaitan dengan soul. Sebab tu manusia adalah ciptaan yang paling baik. Semua orang walaupun siapa-siapa (READ: walaupun dia penyangak ke, perogol ke, perompak ke..etc) TETAP akan ada sisi baik masing-masing. Contoh: penyangak pun sayang ibu bapa dia, perogol pun kutip sampah tepi jalan, perompak pun senyum dengan orang tak dikenali. Sisi baik can be everything selagi bawah hukum baik tu sendiri lah.
Kisah "No.Blood.Bonding.story" antara Si A dan Si L. OK?
Si A ni yang aku kenal bukan lah kategori teramat baik. Dia kadang-kadang selfish jugaklah. Cepat tempered sikit, emo sikit.. Lagi satu, dia kalau dengan orang tak kenal susah nak get along jugak. Si A ni tinggal di KL. Si L ni tinggal dekat kampong.
One day, emak si L text Si A nak minta tolong tumpangkan Si L dekat rumah dia semalaman. Note that Si A dan L ni bukan berkawan ye..hanya sebab Si A kenal dengan emak si L je. So, sebenarnya Si A ni awalnya macam berat hati sebab dia sharing rumah dengan kawan dia..risau kawan-kawan cakap apa pulak. Tapi, dalam serba salah tu dia cakap ok jugaklah dekat emak si L ni..hahaha.
(humanity 1: sebab rasa hormat orang tua and susah nak say 'no', Si A usahakan jugak tolong Si L walaupun risau akan reaksi kawan serumah)
Ok, Si L ni sampai pukul 2 pagi hari Isnin dari kampung; which means Si A kena tunggu la Si L ni sampai sebab rumah beliau kan full guarded, skali nak kena ada password and access card. Esoknya pulak Si A kerja.. Tapi, Si A tetap tunggu lah si L sampai (humanity 2: Walau macam mana pun Si A tetap tunggu Si L. Kalau dia nak selfish, boley je dia tido x sedarkan diri..hahaha)
Ok, Si L ni sampai pukul 2 pagi hari Isnin dari kampung; which means Si A kena tunggu la Si L ni sampai sebab rumah beliau kan full guarded, skali nak kena ada password and access card. Esoknya pulak Si A kerja.. Tapi, Si A tetap tunggu lah si L sampai (humanity 2: Walau macam mana pun Si A tetap tunggu Si L. Kalau dia nak selfish, boley je dia tido x sedarkan diri..hahaha)
A day before Si L sampai, Si A gigih mencari tilam/ toto sebab rumah bujang Si A takde toto..Pusing-pusing KL cari toto yang berbaloi untuk dibeli (humanity 3: Si A tak sampai hati nak biar L tidur atas lantai)
Paginya Si A bangun awal pagi untuk belikan breakfast nasi lemak untuk Si L, then terus ke tempat kerja. Tengah hari tu, A pergi tapaukan nasi bungkus dan hantar ke rumah, then baru dia makan and masuk ofis semula. Right after petang tu, lepas balik kerja and tak tukar baju, A kena bawa L tunjuk lokasi training dia. Ha, lupa nak bagitaw yang L ni dating KL sebab ada training. So, A tunjuk jalan pada L. (Humanity 4: Berapa kali ulang alik juga start pagi-tengah hari-petang, tapi si A manage jugak untuk buat semua tu)
Selepas tunjuk jalan, Si A tolong angkat barang L untuk bawa ke hostel yang L stay. Setelah seharian, akhirnya L selamat lah masuk hostel dia. At the end of the day, A bagitahu aku yang dia puas hati dapat tolong and memudahkan orang yang memerlukan. Kepenatan tu tak dapat dibayar dengan apa sekalipun even diorang takde blood bonding sekalipun. Its just soul that be granted for human to have humanity in theirs.
Walaupun A yang aku kenal sejenis yang selfish jugak kadang-kadang tetapi, sisi baik setiap individu tidak seharusnya kita pertikaikan. Just be husnudzhon;bersangka baik :')
Kisah Si A dan Si L walaupun satu kisah biasa bagi kebanyakan orang, tapi bagi aku...ada sesuatu yang boleh kita contohi..
....This is how when there's a time strangers are like family...
Till then.
Assalamualaikum.