Pages

Wednesday, 13 April 2016

Industry Reality. Antara bekerja dan Sambung master.

Assalamualaikum.

Industry Reality nowadayas. Eceh, macam tajuk karangan.hahaha. Harini rasa macam nak share pendapat tentang isu alam pekerjaan di Malaysia. Please note; the target readers are in the circle of fresh graduate. Tapi, kalau sesiapa yang bukan dalam circle yang sama nak baca ponnnn bolehhh. Tak berdosa pun.

Pendapat can be subjective and varieties. Tak rigid ye. pendapat setiap orang berbeza. So, bagi aku tak pernah ada "salah' dalam pendapat as long as dia x menyalahi hukum asal sesuatu perkara tu. Selalulah meraikan kondisi dan pendapat orang lain..hehehe..tudiaaa..hahaha. Xdelah, Aku selalu buat 'self-reminder' jugak pada diri sendiri supaya x merendah-rendahkan pendapat orang lain. InshaAllah. :)

Untuk aku yang keluar sebagai 'fresh-graduate ; aku selalu berpendapat 'suluh diri sendiri' tentang pilihan kita selepas habis fasa degree. Ok, beberapa perkara yang perlu difikirkan ialah:-

1. Course - Course memainkan peranan penting taw dalam erti kata nak pilih apa pilihan seterusmya. Terdapat professional course yang memerlukan kita utk sambung study atau kritikal course yang memang 'welcoming' fresh graduate into the industry with good starting salary. Siapa yang dalam kategori ni, boleh pilih samada nak grab 2 perkara dalam 1 masa or pilih salah satu. Sebab both choice are worth benefit. Betul tak? yang ambil course macam ni selalunya xde masalah. Yang selalu bermasalah bila course macam aku.hahahaha. Course aku adalah course yang buat aku tak tahu mana hala tuju aku nak pergi..hahaha. Tapi, serius ni. Nak kata IT, bukan core IT, nak kata management , banyak jugak relate to IT. dah tu acaner??

2. Halatuju Course- Kalau dah habis 3/4 tahun study, mesti korang dah nampak sikit sebanyak hala tuju course yang korang ambil kan? Halatuju dalam konteks yg aku maksudkan ialah kedudukan course tu dalam industry. Samada, diperlukan secara kritikal dalam private or gov sector? Keberatannya menuju arah gov or private? Eh, ni penting sebab kalau course yang macam aku; lebih ke arah private, so, aku kena wisely think to make decision. tetibe emo nak cakap pasal dri sendiri..hahaha.

3. Industry Need- Kita kena tahu keperluan industry sekarang. Eh, kalau tak tahu macam mana nak buat keputusan. Dari pandangan aku, private sector need someone who does not ONLY come with the cert; but worth with experience too. Pengalaman. Penting. Cert tu macam tambahan nak bagi experience tu nampak mantap; nak bagi kelihatan kewl. Gitewwww... Ini reality ya. Bukan maksud aku semua, tapi kebanyakan. Ada juga private yang welcoming fresh graduate but it depend back on your course. Perlu ingat ye, private ni profitable organization. Apa-apa yang diorang laburkn mestilah yang ada good outcome for the organization. Kalau diorang welcoming fresh graduate, haruslah graduate yang ada good cert,skill, fresh idea, etc. Dah kalau course sendu???? hehee. yang couse sendu, kena sedar realitynya mereka perlu datang dengan pengalaman. (For private).

So, lepas kita kenal pasti tiga perkara ni. Boleh la kita timbang tara keputusan kita. Based on course kita, halatuju course and sedar diri akan keperluan insudtry sekarang; KITA DIMANA? APA YANG KITA PERLU PILIH? TERUS BEKERJA ATAU SAMBUNG MASTER?. Amboi, tulisan nak besar je..hahaha..Analoginya, aku ambil satu contoh aku supaya senang paham.

Bagi aku, course aku bukan lansung dalam kategori kritikal course ataupun separa kritikal yang diperlukan dalam industry (Faktor pertama= course). And, course aku sangat minimum dalam gov sector dan terbuka luas dalam private (Faktor kedua= halatuju course). Dan, aku sedar kebanykkan kerja dalam jobstreet contohnya, company mahukan at least 1 year experience. (Faktor ketiga= keperluan industry). So, aku dah pertimbangkan ketiga-tiga perkara diatas. Apa perlu aku buat?

Keputusan aku adalah:-
BEKERJA.

Sebab;-
1. Aku nak dapatkan pengalaman bekerja dahulu.

2. Aku fikir, aku nak apa yang aku buat selepas degree adalah yang bernilai untuk life aku pada masa akan datang. kalau boleh aku nak elak bazir masa. Sebab, macam aku bagitahu, kalau aku sambung master tanpa pengalaman, bila aku nak masuk private sector again, standard salary akan ikut degree. Company mana yang mahu take risk untuk hire master level with 0 experience? Jarang-jarang sangat berlaku. Apatah lagi dengan course yang sendu.huhuhu. So, aku tekad untuk gain experience first. Selepas setahun ke dua tahun pengalaman, aku sudah boleh mula untuk demand gaji dengan experience yang aku ada. Tu target aku. Ini berbeza kalau aku dibawah gov sector, gov memang ikut grading scale. Tinggi cert, maka gred gaji akan naik. tetapi, memandangkan probability untuk aku masuk gov adalah tipis, maka aku boleh lupakan dahulu niat nak smbung belajar..hehehe.. Bukan lupakan terus taw, lupakan dahulu buat sementra waktu.

3. kalau aku nak sambung master sekalipun, hanya jika aku dapat gov/ Aku dah selesa dengan gaji dalam private, cuma nak ada kepuasan dari sudut penddikan / Aku ada bisnes sendiri and nak ada ilmu dalam perniagaan. So, sementara tiga perkara ni x achieve lagi, aku pilih untuk terus bekerja sampai aku dapat gaji yang aku nak; then baru aku fikirkan tentang master.

Itulah sebab dan kenapa aku memilih untuk bekerja..hehe.. Sesiapa yang rasa tips atau pendapat aku ni boleh digunapakai, silakan ambil. kalau masing-masing ada pendapat sendiri pun xpe..Aku tak nafikan, sesetengah pendapat cakap, tuntutlah ilmu setinggi mungkin sebab ilmu pengetehuan ni semacam dibawah terms 'infinity'; xde pengakhiran selain mati. macam aku bagitahu dekat atas, terpulang kepada pendapat masing-masing. Tapi, untuk diri aku, aku mahukan apa yang aku buat berbaloi dengan apa yang aku dapat.

After all, this is all about choices.
Just my 2 cents,
Till then, InshaAllah.

Assalamualaikum

1 comment: