Assalamualaikum.
Ni kisah 08/4/2016. Kisahnya aku dapat satu interview dekat KL. Aku jenis yang banyak kali dah dapat interview, tapi sampai masa tak nak pergi. Apakah sangat.hahaha. Tapi, kali ni memandangkan location dia area KL, so aku gagahi juga. Semangat ni apply cuti.
Terima kasih la pada Hazwie sebab sanggup teman sbg pemberi semangat..*krik..krik*. Padahalllll, aku yang xde orang nak hantar.hahaha. So, semangat la ni pagi-pagi bangun siap. Eh, malam tadi gigih juga recall current jobscope. hahaha. Pagi tu jiwa aku tak tenteram. Aku dapat rasa mesti ada something akan jadi ni. Aishhh... Tapi, aku memandang sipi je ketidak sedapan hati sebab hepi je yang banyak.heheh. Hazwie selalu marah aku sebab kalau hepi macam x beringat..huhuhu..Lepas tu mesti akan jadi agenda air mata.hahaha. So, bertolak lah kiteorang pagi tu.
Mula-mula tu smooth je. Pastu Hazwie dah start on waze. Aku kan spesies blur; ikut je mana orang bawa aku, so aku buat relax je lah lagi. Masa ni aku tak terpikir lagi kenapa nak on waze, bukan ke dia taw jalan nak ke KL. Tapi, disebabkan aku blur, so aku x pikir lagi time tu.. Sejak keje ni, RAM aku slow sket..hahaha. Tapi, lepas pusing dan pusing, and waze pun asyikla recalculate route. (Eh, betul ke recalculate route? Korang paham kn apa yang aku maksudkan?)haha...Aku dah start tersedar dari blur sebab masa nak interview tinggal sejam je lagi.
Aku dah macam resah tapi memandangkan aku just duk sebelah tanpa dapat membantu apa-apa, baik aku diam je..Karang buat kena lahar je..hahaha. makin lama, makin merepek berpusing-pusing je jalan, aku tanya la kenapa tak ikut jalan biasa kiteorang lalu je. Hzwie bagitahu rupanya sebab jalan tu jam."Owwwwww..." Hanya owwwwwwwwww yang mampu keluar dari mulut aku..kahkahkah..Nampak sangat kan perangai buat orang menyirap..hahaha. Lepas tu, aku cuba la menampakkan diri aku berdedikasi sket dengan tolong pegangkan hp Hazwie sebab senang dia nak tengok waze..Ok, masa tinggal setengah jam kiteorng dah macam dekat laluan yang betul tapi...tapi..tapi..JAM!
Aku muka dah macam nak nangis sebab aku set, kalau ngan-ngan sampai pukul 11, aku xnak dah pergi interview tapi takut jugaklah kena maroh.kikikiki. Yela, korang x taw, interview kali ni sebenanrnya aku dah terlepas sesi pertama sebab tak check email. Aku kengkonong merayu, dia bagi 2nd chance. 2nd chance iv dia suh dating the next day, aku merayu lagi utk reschedule hari jumaat. Dah kalau jumaat pun dating lambat,tercalar la reputasi aku, kekekeke..
Resah aku ni aku suarakan 2/10 je dekat hazwie sebab takut kena marah..hehehe.. Akhirnya sampai dekat building British Council tapi masa ada dalam 15 minit je lagi. Korang tak taw msa tu aku rasa macam apa je..Uwaaaaa... dah la sesat nak cari Office Listari Marina Sdn Bhd tu.. Ada sorang akak ni padahal dia berjiran je dengan office yang aku cari ni, boleh dia cakap xde nama company tu.. Aku ni turun naik lif cari wing south la, west la...
Last-last sampai jugak yang masa tinggal ngam-ngam 5 minit sebelum pukul 11 pagi..Phewwwww..lega, Alhamdulillah...kalau ngam-ngam menangis dah aku xnak masuk...hahaha. Sesi interview kejap je, dalam 20 minit. Aku rasa aku tak dapat sebab dia nak Fluet Mandarin Speaking. Tapi, perangai aku masih hepi lagi sebab lega dah.. Masa dekat car park satu hal pulak kereta 'hilang'... Hilang lah sangat ye, melilau mencari.. Rupanya parking dekat B1, cari dekat B2.
Keluar je dengan girangnya, baru rasa lapar and nak cari makan. Kiteorang makan dekat Kg baru. makan Ikan Bakar. Nyumsss sangat taw...Siap makan, next plan kena dapatkan MC aku. Masa nak dapatkan MC ni, aku buat drama swasta.. Selama dua tahun aku kerja, ni pertama kali aku perlu dapatkan mC secara tipu ye. So, mana aku tahu prosdur nya macam mana. hazwie pulak malam tadi mulut manis dengan aku cakap aku tak payah berlakon.. Aku ni dah mind set la MC tu dapat dengan mudahnya. Sampai masa dia cari klinik dekat puchong, aku kena berlakon ye. nangis la aku petang tu xnak berlakon.. hazwie menahan sabar je dengan perangai aku.. hahaha.
Akhirnya dia bawak aku dekat kajang, terpaksa jugak aku berlakon sebab sakit kepala. Dah dapat MC, girang kembali..hahaha.. Lepas dapat MC, kiteorang pergi makan sup tulang.. sedap nya lah...lepas tu balik terus..harini penat sebab banyak sangat drama nya..
Eh, mana cerita hilang IC? hahaha...ala, lupa nak selit tengah-tengah tu..Aci tak buat part tu? haha..ke x yah cerita sebab penat la taip..kikikiki..Sebenarnya, selain drama yang dah terlalu sarat haritu, IC aku jugak hilang...Uwaaa, sampai ke harini aku xd IC..
Ok, Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment