Pages

Wednesday 21 September 2016

Darah Manis Itu.

Assalamualaikum
 
Tajuk dia....Awiieeeyyhhhh..hahaha..gedik sangat nak darah manis bagai..Eh, sebelum tu, konon-konon yang entry PD ada teaser tu kan...... macam hampir nak terkubur je..heeeee...
 
Betui ke eh orang cakap fasa bertunang ni dugaan dia lebih banyak and luar biasa dari orang yang tak bertunang? Kalau aku nak betray sekt-sket dengan statement ni kira boleh ke?
 
Aku ambik kira banyak pendapat la eh. Antaranya yang aku pernah dengar:-
 
a) Sebab bertunang ni kita tengah mode in the middle mind set. Antara si dia tu aku dah cop,eh tapi belum sah. Eh, tapi dia aku punya taw, eh tapi....tapi...Haaa, yang banyak sangat tapi ni biasanya tengah confuse...hehehehe... So, bila camtu ada tekanan untuk control si dia tapi keaddan tu tak mengizinkan lagi...anddd, berlakulah pelbagai konflik. Giteww..
 
b) Sebab bertunang ni antara fasa menuju jalan membina masjid. Jadi, Syaiton tidak suka ye.. No...No...So, Syaiton amatur memang tak buat keje-keje menggoda dan menghasut ni time fasa bertunang ni.. Dia panggil Syaitan professional.
 
Dua ni jelah antara yang reliable and realistic kat pandangan aku setakat ni. Aku rasa aku nak betray sikit-sikit sebab bukan ke hidup memang sentiasa ada ujian? Tak ke? Mesti kalau ada yang tak setuju; dalam hati terus cakap; "Kan orang dah bagitahu, dugaan bertunang lebih besarrr".. Boleh diukur ke ujian tu kecik dan besar? mihmihmih
 
Bagi aku, dalam semua keadaan esp keadaan kita untuk menuju kebaikan, pasti akan ada ujian. Besar atau kecik ujian tu; pengukurnya hanya tuan penerima ujian je tahu. Jalan menuju kebaikan pasti akan ada ujian; tu yang aku cuba MIND SET dalam kepala aku.
 
Aku tak focus bertunang sahaja ujian lebih besar. Kalau aku berniat untuk berhijrah ke arah lebih baik, ujiannya pun tak kurang hebat. Kalau aku berniat nak dalami ilmu, ponnn besar dugaannya. kalau aku berniat nak menjadi isteri yang baik pasti ada ujian yang menanti. Jadi, pengukurannya dalam semua keaddan kita berniat nak menuju kebaikan, ujian sentiasa ada.
 
Disebabkan fasa bertunang ni, semua pasangan berniat mahukan hubungan tu berakhir dengan pernikahan, so. ujian conform lah ada..Tapi, untuk yang sentisa nak stick kan dalam minda...Darah Manis ni ujian lebih besar, bertunang ni dugaan dia lain macam.....Lebih baik tukarkan cara fikir kepada, ujian sentiasa ada tak kiralah kita dalam keadaan apa sekalipun. Bukan sebab keadaan tu menjadikan ujian tu besar/kecik.
 
Kalau couple tak ada ujian besar? Anda silap. Itu lagi syaiton suka.hahaha.. Pekahwinan tak ada ujian? lagilah anda silap.
 
Aku tak lah menolak statement di ats ni, aku cuma kurang setuju,, sebab tu aku nak betray sikit-sikit je..hehehe.. Sebab, aku suka jadi lebih realistic, aku kurang setuju nak stick pada satu statement camtu. Analoginya, kita tengok A ni sangat alim dan tinggi ilmu agama. Tapi, kalau kita nak menilai sejauh mana kuat pegangan nya pada agama, adakah bila kita tengok A didalam masjid atau di persekitaran luar yang lebih mencabar? mesti di persekitaran luar kan? Sebab, ujian untuknya lebih besar disitu.
 
So, kalau kita berniat nak menuju ke arah lebih baik, ujian pasti ada. OK? :)

Thursday 1 September 2016

Port Dickson- Teaser

Assalamualaikum..

Sat...Kita buh teaser ja dulu..ekekekeke

Sabaq tunggu ceq lapang, baru ada yang penuh..
Tata