Pages

Wednesday 22 March 2017

Anis Off The Market 1.0- Misteri Jalan Malam

Assalamualaikum.


Hellooooo Malaysia..Wooootttt....Wooooottttt....


Nampak tak haku ceria masa taip ni? Hehehhe. Ok, meh nak cite journey ke Kelantan sebelum terlupa. Baiklah, tujuan ke Kelantan adalah untuk attend wedding Anis Fatihah. Kawan serumah aka kawan satu UITM aka kawan satu ofis. Hahahaha.

19/3/2017- Aku dengan Hazwie gerak malam, pukul doblas. Malam tu kiteorang makan dekat mamak. Aku makan megi guring tamo sayo, Hazwie makan megi kari + telo separuh masha dua bigi. Lepastu shooottttt terus. Jalan malam syok sikit sebab sejuk.

Masa sampai Raub, aku syak la kan..Hazwie tersalah jalan. Sebab apa?? Sebab dia masuk simpang yang tulis jalan alternative ke Kota Bharu. Mula-mula aku pun tak perasan. Makin lama tu aku makin macam pelik, sebab dah la sunyi jalan kelapa sawit je....kereta pulak nak jumpa sebuji pun payah. Bila dah pelik, aku baca-baca la signboard.. Semua felda. Hati aku cakap yang Hazwie tak ikut jalan biasa dah ni. tapi, disebabkan dah malam and dia pun khusyuk drive, malas lah aku nak tanya-tanya. Aku pun mengambil langkah berdiam diri.

Tiba-tiba aku ternampak pulak dekat depan macam satu gumpalan putih. Aku dah cuak, dalam hati, "Apa benda pulekkk niii". Gitu lebih kurang dialog aku dalam hati. Of course aku tak suarakan pada Hazwie sebab dia garang. Hahaha. Karang buat kena maroh je. Aku kecik-kecikan mata dengan harapan dapat tengok jelas apa yang putih-putih iteww. Tetap hampa. Lantas aku ambik spec dalam bag dan pakai. DAMMMMM..rupa-rupanya kabus. Lega jap hati. lepastu nak dijadikan cerita aku pakai jelah spec sepanjang perjalanan malam tu.

Semasa kesunyian membelah perjalanan kami (eicehhh..kahkahkah.. Bagi can plis), aku baca-baca jela signboard supaya diri ini tak bosan. Sekali, ada satu simpang tertulis signboard GUA MUSANG. Tapi, masalahnya Hazwie tak masuk simpang tu, dia straight. Aku macam kaget beberapa saat dan errrrrrr... Aku rasa tak boleh blah dengan keadaan "Errrrr" yang tak membantu tu, aku pun bagitaw Hazwie. "Bukan straight, kena masuk simpang tadi sebab ada signboard Gua Musang." Ko teka apa reaksi dia? Dia macam tension sebab yekeeee kena patah semula tengok signboard? Yekeee aku nampak signboard tulis Gua Musang? Ko ghaserrrr? Dia pikir gua rabun der...lepastu taknak caya aku. Dia bising cakap, aku memandai. Ehhhh..tolong sket.... Kakak pakai spec malam ni eh. kakak nampak jelas. (Sebab tu aku tak cakap pasal gumpalan putih tadi sebab aku tahu dia garang bab-bab ni).Hahaha.

Jadi, dia patah semula dannnnnnn...SAH YE..SAH.. kakak ni tak rabun kalau pakai spec..Memang besor dia tulis GUA MUSANG. Nenenenenene...1-0. Kahkahkah.. Bangga dalam diam kejap kakak time tu..Hahahaha. Ok, agenda sunyi kembali seperti mula-mula tadi. Senyap untuk beberapa saat. Korang tahu tak???? Dia masih tak percayakan kakak dan signboard GUA MUSANG tadi. OMG..OMG... kegilaan apakah ini wahai tunangku? Hahaha. Dia duk cakap, kalau straight tadi boleh jugak.. Ni masuk semula Kuala Lipis lah apa. Dan korang tahu apa tindakan seterus beliau? Saspen tak? Hahaha.

Di tengah-tengah kegelapan kelapa sawit tadi, beliau U-turn dan nak pergi semula dekat signboard GUA MUSANG awal-awal tadi? Kakak dah terdiam ni sebab kakak speechless kenapa beliau sangsi dengan signboard itewww.. hahahaha. dalam hati kakak ni, kakak ikut je.. Kita tengok ye jap lagi.. Hahahha. Dalam diam, kakak harap kakak menang tanpa bertanding lagi malam ni..Bhahahahha. Kiteorang pun patah la semula. Dan, Hazwie ikut jalan yang mula-mula dia terlajak tadi. jalan punya jalan, lansung signboard ke Cameron Highland ok. Terus rasa memang salah. Lantas, Hazwie pusing semula masuk balik jalan yang ada signboard Gua Musang tadi. Yessss..Yessss..2-0. memang sah kakak menang. hahahha. Dahhh, 2 kali kerja. Kakak ok je sebab bukan kakak yang drive. hahaha. tapi, kakak respect dia, dia sabra je nak bawa kakak pergi kenduri Anis jauh camni. Thanks.
Sekian, cerita part yang tu.

Selepas tu perjalanan smooth. Dalam pukul 3.30 pagi lebih kurang, kiteorang sampai R&R Gua Musang. Hazwie decide nak take break and tidur sekejap dekat situ. parking area ramai orang and kiteorang tidur kejap. nasib lah pagi dalam pukul 6 hingga 7, hujan turun selebatnya. So, memang selesa la tidur tak buka aircond. Dalam 8.30 pagi, kakak kejut hazwie sebab cakap kena otw, Ada lagi 2 jam nak sampai Kuala Krai. Sebelum tu, singgah masjid Gua Musang dulu untuk mandi. Kakak sendiri dah tak lalu tengok muka kakak berkerak.Hahaha. Siap mandi, terus gerak ke Kuala Krai.

Dalam perjalanan, singgah lah sekejap beli kuih sebab kelaparan. Beli pisang goring, keropok lekor dengan cucuk-cucuk. Habis licin semuanya. Sampai je Kuala Krai, hazwie cari masjid untuk mandi. Masa ni terjadi lagi Telenovella antra kakak dengan hazwie. Hahaha. Sebab masa mandi dia tak tukar terus baju kemeja. Beliau pakai t-shirt sebelum mandi. lantas, telenovela sekejap, then baik semula.


Baju ini lah yang membuatkan kiteorang ber telenovela.


Oh..lupa..dalam masa yang sama, ada jugak geng ofis kakak yang lain datang naik kereta company. Mereka semua masih bujang, Nuzul hafiz, Hafiz, Kak Azza, dan Kak Ina. Masa kakak dengan Hazwie sampai depan rumah Anis, semua orang macam tak ready lagi. Nampak adik dia tengah isi lauk dalam bekas. Maka, kakak pun segan lah nak pergi. Kakak dan Hazwie tunggu tepi simpang depan rumah Anis sementra tunggu pukul 1 petang. Agak-agak geng ofis dah sampai, baru kiteorang gerak pergi rumah Anis.

Sampai je rumah Anis, kakak terjah tengok Anis. Tak sabar kakak. Hahaha. Anis cantik bangat, baju cantik..nampak kurus..hehehe







Lepas je kakak tengok Anis, kakak keluar kejap nak makan dengan Hazwie. Lauk sedap jugak. hehehe. Sambal terbaik, pedas gile. Heheheeh.. Siap-siap makan, kakak pun join lah sekejap kawan-kawan ofis kakak sementara tunggu Anis berarak. Sekali, bila rombongan lelaki sampai. OMG..kakak ibarat wartawan terus menonong kedepan untuk ambil gambar. hahaha. Banyak peminat kakak request suruh buat live streaming. Kakak rela demi tugas. Kahkahkah.



Masa ni panas gila...Anis tahan je kepanasan itewww. I knowww... Hahahaha




Lepas berarak, kakak bagi chance perantin bersanding sekejap. Lepastu terus la kakak masuk dalam nak tengok mereka bersanding. Tiba-tiba Anis panggil kakak dari jauh. Mati-mati kakak ingat dia nak bergambor je. Rupa suruh jadi pengapit sementara. hahahha. Dengan Hazwie-hazwie diseret suruh jadi pengapit..Hahahha. nak tengok gambar? jangan kecam kakak taw.. Hahahha

Tadaaa.. Abaikan muka berminyak kakak. Hahahaha. Nasib kebetulan baju sedundun.
Kemudia, turn kakak dengan geng ofis pulak bergambar. Sebab perantin dah nak sesiap g makan masa ni.






Dari Kiri berdiri baju hijau: Epul, Perantin. Kakak, Kak Aza
Duduk tengah dari kiri: Nuzul Hafiz, Hafiz.
Depan: Kak Ina
 Lepas dapat VIP Goodies (Dalam hati suka sangat dapat VIP)..Maka, kakak dan Hazwie pun balik. OK, settle part dekat wedding Anis.


Dalam perjalanan balik, kami singgah beki kuih Akok dan Beko. Dua-dua sedap walaupun kakak lebih suka bahulu Akok. Balik, sempat lah kakak selfie dengan muka selemoih. Tak tahu selemoih? Tanya orang Temerloh, Pahang. Hahahaha






Masa balik, cepat pulak waktu kakak rasa. Petang tu sebab awal, kakak ikut jalan KL lama. Seronok sangat sebab air sungai naik, mngkin sebab hujan. Dengan kabusnya. Sukalah hati kakak cmni. EH. Bhahahahha.

Cantik tak pic kakak ambik? hahahaha


Ni kabus taw korang. Bukan pic blur.
Dalam pukul 8 lebih kakak dan Hazwie pun selamat sampai Puchong. Alhamdulillah, Allah berkati perjalanan pergi balik ke Wedding Anis. Lepas makan malam pun kami pun pulang. Mesti korang ingat cerita dah nak habis kan? Sebenarnya kakak ada surprise lain..

Ni haaa..kakak belanja gambar nikah Anis

Ni make up sanding..Hehehe. Cantik kan kawan kakak?
Lasssttt but not least......

Tadaaa... pic inai beliau. Mula-mula pic biasa tapi kakak edit taw jadi cmni.
Sape nak tempah pic untuk diedit, sila PM tepi..Wahahaha.. Bab merapu bagi je kt aku.

Burbyeeeee...
Assalamualaikum

Thursday 16 March 2017

Awas..gambar mungkin menggelikan

Assalamualaikum..


15/3/2017, aku tiba-tiba sakit tekak. Aku buat relax je sebab selalunya kalau sakit tekak cmni, akan sakit sehari dan esoknya akan flu or cough. So, cam.. wat lek wat peace jelah. LOL. (Sendiri pakai ayat ni, sendiri rasa nak sepak diri sendiri).


Tapi, bila malam nak tidur, aku rasa macam lain sakitnya. Macam, sakit sangat nak telan. bayangkan malam tu, aku tidur terbangun dalam skala 2 jam sekali. Fuh, betapa tensionnya aku ni. haha. Aku tidur pukul 11, pukul 12 jaga. Tidur balik, pukul 2 jaga semula. pkul 4, pukul 5, pukul 6 dah bangun. haha. Siapa pernah jadi macam ni? Betapa tensionnya kan?


Masa dalam toilet, betapa peritnya tekak aku Allah je tahu. Aku try buang kahak. Sekali aku ludahhhh..perrhh..dia punya pekat and ada blood stain. Aku takdelah panic sebab aku dah biasa kena kalau tekak super sakit camni, maybe sebab panas ke apa..mesti ada stain sikit.


Sape yang geli sory ye.. Dah bagi amaran dekat tajuk..Hahaha.. OK, Day-1. Sikit je stain kan?
Then aku mandi macam biasa pergi kerja. Masa aku dekat office, aku rasa badan dah start tak selesa. Sendi dah sakit, badan sakit. tekak semakin sakit sampai nak telan air pun susah. haritu aku paksa minum air mineral 1.5ml je, sikit sangat. tengah hari aku makan bubur oat yang perisa bubur lambuk. habis secawan sebab dia terus telan and panas. Takde makan makanan lain lansung sebab terlampau sakit.


Petang tu, Sherine (Immediate Superior) aku suruh aku balik cepat-cepat and tak bagi aku MC. hahaha. kuang hajo sebab Anis cuti so aku back up kerja Anis. Tu yang dia ketakutan tak bagi aku cuti.


Petang tu aku menangis sebab aku takde mood. Badan sakit dan tekak sakit. Kan aku pernah bagitahu sebelum ni, aku jenis payah ke klinik/hospital. Kalau aku surrender tu means aku sakit betul la. Aku pun pergi Klinik Selva. Doc check, dia bagitahu tonsil ada nanah and bengkak. that's why aku demam.  Doc tu bagi ubat banyak boleh tahan. Charge RM80, tu takpe, boleh claim. Hhahaha


Lepas tu, aku just makan nasi tak sampai 5 suap, banyak hirup sup panas je. Lepas makan, terus kena makan ubat. Balik rumah je, mandi terus boommm...tido pukul 10 ko.Hahaha.. Akibat makan ubat, malam terjaga sekali je, pukul 3pagi. Alhamdulillah.


Pagi tu sedar and mamai sebab sebenarnya aku dapat MC. Tapi disebabkan aku rasa recover sikit and memikirkan kesian Sherine nak cover kerja aku dengan Anis lagi, aku gagahkan diri bersiap jugak pergi kerja. Maka, terabailah MC gua. Eh, pagi tu masa mandi, aku buang jugak kahak and this timeee.... teka ada tak blood stain lagi? macamlah ada orang nak teka.. kakakkaka.


Makin pekat blood stain kan? Seremmm. Tapi, nasib condition tekak better dari semalam. Alhamdulillah


Nasib harini feel well, Alhamdulillah. period aku yang delay bulan ni pun keluar pagi tadi. Syukur Alhamdulillah. So, harini aku berbahagia. Syukur selalu.


Jumpa nnati journey aku pergi kelate.
Assalamualaikum

Monday 13 March 2017

Telenovella Ahad & Durian 3.0

Assalamualaikum

Kejadian berlaku pada 12/3/2017. Sambungan telenovela ayamoree semalam ye. Hahaha. Entry sebelum ni aku stop yang Hazwie tido memusing tu kan. memang ye. Start lepas maghrib, dia tidur tak sedarkan diri lansung malam tu. Malam tu aku ok lagi lah sebab faham dia penat.

Tapi, bila esoknya dah Ahad still tido, apakah sangat?? tak pening kah? Aku start angin, aku call dia. haha. Bila dia dah bangun, aku text dia, "nak tido 3 hari ke?" Perangai aku pun taknak kalah. haha. Macam tu lah kiteorang, memang kuat bergaduh ok. Aku jenis bising membebel.

Sempat tu sebenarnya aku malas nak keluar tapi hati nak. Sekali kalau dia tak faham cakap tak payah keluar..OMG..OMG..OMG.. Nak marah and menjeritnya rasa. Berdenyut-denyut hati ni..kahkahkah. Pompuan ni perangai memang menyakitkan hati kan? Ke pompuan tu maksudnya aku sorang je. Krik..Krik..

Selepas beberapa roll drama berlalu, maka kiteorang pun keluar. Tempat pertama (drum Rollsss) MAKAN.. Gigil ni lapar sebab malam tu aku makan nanas sebiji. Kiteorang makan dekat Baser, area Bandar Puteri. Aku makan nasi ayam + Air Durian Belanda suam. Hazwie makan Nasi Beriani Ayam + Bandung Ais. Sedapnya dapat makan, Syukur Alhamdulillah. Akak pekerja Indon tu tak faham yang kiteorang nak order sup kaki ayam. Bila Hazwie order, "Ada tak sup kaki Ayam?", Dia macam blur. Bila Hazwie repeat, dia blur lagi. Lepastu kiteorang pandang memandang, serentak cakap, "Takpelah Kak". hahaha. Sian akak tu sebab dah tak tahu nak explain macam mana pada dia.

Lepas makan, aku teman Hazwie pergi cuci kereta. Dah la kereta berderet. Sambil tunggu sambil telenovela lagi. Haha. Risau pasal kahwin lah apa, nangis lagi masa tu..Dah siap basuh kereta, Kiteorang pergi Tesco nak cari hadiah kahwin Si Anis. Kebetulan pulak Tesco ada sale haritu. Aku pilih la satu hadiah Anis. Aku suka gila hadiah tu. haha. Sebab..entah.hahaha. Hazwie membeli banyak jugak. Dia beli, singlet untuk pakai masa akad nikah, bag plastic sampah, ferbreze, tissue kereta, sabun basuh, pinggan kertas, mangkuk plastic, dengan susu plastik. Dia mencari-cari jugak penyapu dengan berus tapi mahai.

Aku rasa aku beli lagi banyak. Aku beli hadiah Anis, inner putih untuk pakai masa hari akad, pensel color Luna yang mini saiz, sharpener, pembalut hadiah, kad kahwin, saletip, air mineral dan toilet fragrance ambi pur. Settle part barang, kena pikir tempat untuk balut hadiah Anis sebab Tesco tak prepare customer service untuk balut hadiah.

Jalan punya jalan nak pergi area Putrajaya, nampak lah 1 Myvi  Putih. Apa yang menariknya tentang MyVi Putih ittew? Yang menariknya, belakang bonet dia ada jual doriyan. OMG..OMG.. Hazwie pun U-turn sebab kiteorang dah terlajak. Ni Durian Udang Merah.. Woot..Woot.. tapi yang ni jauh lagi murah dari versi 1.0 yang kiteorang makan. 3 biji Udang Merah dalam RM60 lebih. Bayangkan haritu RM179 dik oiii. macam kena tipu je dulu tu..Bhahahaha. Makan macam biasa dekat tepi Taman Wawasan sampai kenyang. Alhamdulillah.


Next destination? Putrajaya. Untuk cari port tampal TQ tag and balut hadiah Anis. Jalan punya jalan rupanya Hazwie pergi Cyber. Jumpa port seronok tepi jalan, ok lah.. Sebab dah petang, dah redup khennn. Berangin kuat betul masa balut hadiah Anis. Dah la kotak agak besar. Pembalut beli dua je. Masa balut, ada part kena tampal. Hazwie ni kije nak band akuuuu je. Dia cakap patut aku sambungkan dulu 2-2 wrapping paper tu, baru balut. E, aku tak suka ok balut cmtu, tak kemas. Lantok sana, aku buat degil balut style aku. Dah la aku nak balut ada line sket, so, aku lipat kecik la bahagian wrapping tu, dia peratiii je aku buat keje sambal muka nak tergelak. Ko boleh??? Aku tak boleh la aku tengah buat keje orang psyco-psyco tunggu aku buat silap nak membahan.Hahaha. Macam kes reben haritu, habis senget-senget reben aku sebab dia pandang macam tunggu aku buat silap..hahahaha. Aku tahu muka nak tergelak dia masa aku tengah melipat wrapping tu, bila aku pandang, dia cover muka ok. Ingat aku tak nampak.


Bila settle balut, terus haru hujan, Dah tak sempat lansung buat TQ tag tu semua. Sebab hari dah hujan, kiteorang pun terus je balik Puchong. Haaa..dekat sini masa makan malam ada lagi drama Telenovella. tapi, malas dah nak cerita. hahaha


Siap makan, terussss balik. yey.
Alhamdulillah for blessing day, Ya Allah.
Assalamualaikum.

Sunday 12 March 2017

#HazwieNoliInAction - Tampal TQ Tag Dan Cranky

Assalamualaikum

Ini kisah 11/3/2017. Hari yang penuh kisah. Kalau ikutkan, plan macam-macam tapi hasilnya secoettt je. Masa ni hari Sabtu. Memang plan harini nak keluar awal. Lepastu berangan nak buat reben kat gazebo Taman Wetland, Putrajaya. Mula-mula Hazwie suruh kejut dia pukul 9 pagi tapi disebabkan malam tu dia tido pukul 2 pagi, ambik kawan dia dekat Tg.Malim, maka dia request kejutkan dia pukul 11 pagi. Aku ok jelah. Sebab, dia cakap dia nak pergi CIMB Bank.

So, dalam 12 lebih kiteorang pun keluar. Pergi makan dulu macam biasa. Lepastu Hazwie pergi bank. Tengok-tengok hari Sabtu bank tak boleh keluarkan Bank Statement. Hari sabtu untuk tukar kad je. LOL. Kiteorang pun terus jelah menuju ke Taman Wetland.

Masalahnya aku confuse antara Taman Wetland dengan Taman Reakreasi Air Wetland. Hmmmpphhh. Aku risau kena marah sebab asyik cakap tempat yang salah. Nasib la Waze membawa kami menuju kebenaran; Sesungguhnya walau ku kutip semua permata.#EhOverPulek. Hahaha.

Ok, masa kiteorang sampai tu tengah hari taw. Berpusing-pusing jugaklah mencari gazebo. Bila dah jumpa, kiteorang bawa la turun barang. Haaaa, bermula lah kejadian seseorang cranky. OMG, macam aku bawa baby boleh bercakap ok. hahaha

Sebabnya, cuaca panas and memang la bahang. Tapi, Hazwie ni dari awal duk panas-panas. Aku suruh la dia bertenang dengan duduk setempat. Nak dijadikan cerita, benda alah reben yang kiteorang nak buat tu agak leceh. hahaha. Dengan nak gam-gam. Aku buat la tunjuk contoh. Masa aku gam first layer reben dekat kotak tu , reben tu tercabut sebab tak gam kuat lagi and terus jadi senget. Hazwie dah pandag aku semacam. hahaha, ngek. Seolah macam perang psychology. Bila dah siap, hasil dia OMG Buruk..hahaha. Aku boleh dengan bangangnya cakap, "Haaa..kita kena buat macam ni lah". Dia da sengih-sengih macam dalam erti kata lain nak cakap, "Apa ke buruk naw". Kahkahkah.

The rest is history. Bhahahaha. Aku nangis la, bergaduh pung pang..Hahahaha. Lepastu dah petang and redup sikit, barulah ada angin. Baruuulahh orang tu tak bising cakap panas-panas. Adoillaaa. Hazwie duk bising cakap kotak surah tu dah cantik, tak payah lah aku nak letak reben-reben dah. Aku pun follow jela sebab memang ye pun leceh..Kiteorang continue dengan tampal TQ tag dalam surah tu sebab buku surah tu takde nama kiteorang. So, kalau letak nama adalah kenangan sikit. lagipun, TQ tag tu kalau nak tampal dekat paper bag goodies, memang paper bag goodies kiteorang dah ada print nama.

Habiskan sekotak je TQ tag tu petang tu, sekotak lain kena tampal esok pulak. Disebabkan masing-masing pun dah bad mood petang tu, Hazwie pun sebenarnya mengantuk tak cukup tido, maka aku suggest la kiteorang balik je. Kain baju kotor aku basuh esok jelah. Aku ajak hazwie singgah kedai buah dekat area rumah. Aku beli sebiji nanas dah siap potong, buah plum gemuk-gemuk 7 biji, Kiwi 5 biji. Semua tu total 24.00. Aku rasa macam murah compare beli dekat Giant ke, Tesco ke. Aku rasa lah.

Siap beli buah, aku ajak la hazwie balik sebab tangan aku dah gatal nak warna buku Secret Grden aku. Hazwie hantar lah aku balik. Sekali masa kat rumah aku text dia, dia tengah basuh kain baju aku. Terkojuit den. Aku pikir dia terus balik jelah sebab dia mengantuk. dah aku rasa bersalah sebab kain baju dia takde lansung. Uwaaaa.

Petang tu dia tidur memang berpusing sampai esoknya ok. Esoknya, bersambung lagi episode Telenovella Ayamoreeeee. Sambung esok. Daaaa

Assalamualaikum.

Thursday 9 March 2017

#HazwieNoliInAction - SPPIM & Durian 2.0

Assalamualakum..

Semalam (7/3/2017) - lepas balik kerja, aku dengan Hazwie pergi OldTown sebab nak  minta kebenaran berkahwin thru SPPIM (Sistem Pengurusan Perkahwinan Malaysia). Senang sikit guna online system. At least tak yah lah susah-susah nak print borang semua.

Ada certain negeri je yang dibawah SPPIM ni. First part kena isi bahagian pemohon lelaki, lepastu isi pemohon perempuan, status kedua-dua, bahagian wali. Nasib la Wi-Fi OldTown tu tak buat perangai. So, smooth je.


Bergaduh je kiteorang masa nak isi online tu. Aku tukang taip. Hazwie tukang bacakan. Dia baca boleh buat menyirap. hahaha. Satu perkataan-satu perkataan. Tapi, sebab dah berapa kali maklumat asyik tak dapat. Haritu smooth la..hahaha. Lepas siap semua, submit and kena cetak borang and sesiap checklist. Checklist perempuan buat aku berpeluh dahi. leceh la prosedur. hehehe.


Ni borang tak print lagi. haha. Jap lagi la print. Hazwie kena cepat-cepat la settlekan borang dia, so lepas yang dia lulus, turn aku pulak.


Kalau untuk bahagian Wilayah Persekutuan, kita kena tahu tarikh pernikahan mak dan ayah, tapi bukan bahagian yang bertanda * iaitu wajib. Borang still boleh proses. Next step nanti aku cerita lagi, or selepas kahwin aku akan cerita full pengalaman kebenaran nikah bawah situasi macam aku, InshaAllah. Semoga aku dapat kahwin la..hahaha.


Lepastu aku confuse nya, lepas kita submit form online tu, dia appear pop-up box tulis, "Anda dan pasangan dikehendaki hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah masing-masing dalam tempoh 14 hari bagi proses kelulusan permohonan." Apakah dimaksudkan ini?? Adakah Hazwie kena pergi PAID Perak dalam masa 2 minggu ni? Tapi, ayatnya Anda dan Pasangan. Adakah aku pun terlibat sama? tak fahammmmm...hahaha. Poning den. Ok, mari biarkan je Hazwie pening dengan situasi ni.


Nak dijadikan cerita, lepas submit borang semua, kami pun bergegas mencari durian. Woot..woot.. tazabar..tazabar.. Dulu, aku kan pernah cerita pasal Durian mahal tu.. Boleh baca kat sini. Kalini wa tak sanggup dah dik..hahaha. Gilos 2 biji serratus (Nampak tak harakat dia lebih sket?) lebih. Jadi, mari kita pergi kedai durian yang harganya boleh dihadam oleh minda. Zooommmm... ke Puchong Perdana. Kat sini dia letak, 2 biji RM15.00. Aku pikir nak ambik yang tu lah.. Sekali Hzwie pilih yang sekilo RM15.00 2 biji. Ok, dari dalam kete memang kiteorang dah mind set, ambil 2 biji je ye. Sekali, dia ambik yang sekilo RM18.00 sebiji lagi. Aku dah macam..aikkkk??? Total 3 biji RM68.00. Kira boleh hadam lah lagi 3 biji RM68.00 kan?


Dalam kete, aku pun tanya lah kenapa ambil 3? Kan kita nak 2 je? Dia jawab, tak sedaplah ambik 2 biji je. Laaaa, apakah sangat. Aku ingat aku sorang je spisies beli barang tak sampai hati camtu. Adoilaaaaa, dah berjangkit pulekkkk. Tapi, tak kisahlah, janji aku dapat makan durian. Kiteorang plan nak makan durian dekat Taman Wawasan area rumah aku jugak. Dekat taman tu, malam-malam je selalu ramai orang main bola tampar. So, tak gelap and tak sunyi. Dappp..dappp....manis and lemak.. tapi, tak la sesedap yang mahal dulu..hahahha. Tapi, yang ni pun dah cukup sedap gila babs bagi aku. Syukur Alhamdulillah.


Tapi, gambar sume tak ambik sebab sibuk makan. Kalau dalam 1 ruang tu ada 3 isi, mata aku perati Hazwie makan laju ke tak.. Sebab, aku takut dia makan lagi banyak berganda dari aku. Makan sambal jeling orang lain sebab takut habis..hahaha. Perangai maam harommmm..hahahahha.
Tapi, aku seronok lah dapat makan duian manis..Sebab aku suka durian. nasib la Hazwie pun sama gila durian macam aku.


Lepastu, masa nak buka botol air mineral yang baru...tangan aku sebelah kotor makan durian. So, aku try la bukaguna satu tangan, tak jalan. Hazwie suruh aku tunggu kejap dia nak basuh tangan dulu. Tapi, aku kan degill.. Acag-acah la nak buat sendiri. So, aku kepit botol tu guna peha, aku buka dengan 1 tangan. Boleh terbuka, TAPI...


-












-














-




AIR KELUAR MACAM AIR PANCUT, HABIS BASAH SELUAR. WAHAHAHA. Sebab, aku kepit botol tu rapat sangat. Aku punya takut kena marah (Masa tu Hazwie duk bizi-bizi buang kulit Durian), aku bangun laju-laju tutup bahagian basah dengan baju. Aku ingat line dah baekkkkk, sekali dia nampak. Dia cakap, "Tu kenapa dah basah-basah teruk?" Op...OOOOOOOOO.. Gue terperangkap.kahkahkah.. Aku bagitaw jela cite sebenar. Terus dia gelak kan aku dengan cara annoying. Aku rolling eyes je duk tepi. Lepas jadi annoying, masuk fasa ustaj-ustaj pulak.. Degil..bla..bla.. tak sabar..tak tunggu..bla..bla..apa nak jadi...bla..bla.. Benda-benda cmni la sebab nya aku sorok dari dia tadi..hahahha.


Lepas je siap kemas semua, kami pun pulang dengan bau durian.


Sekian, terima kasih.
Burbyeeeeee.

Monday 6 March 2017

Bachelorette Parteyyy - Anis, Su, Noli

Assalamualaikum..

"Anda mahu mabuk???" Wahaha. Intro haruslah gempak..ekekekeke.

Ni Party Bujang untuk aku, Anis, dan Su. Takdelah party sangat pon. Makan kat Food Court je. Haha. Tapi, disebabkan lama dah tak jumpa kawan-kawan study dulu. Moh le jumpa.

Set venue dekat Sunway Pyramid tapi Si Bella sengal, sebab confuse antara Sunway Pyramid dengan Sunway mall dekat PWTC. OMG Bella, why so naïve? hahaha.. nasib dia tak pergi lagi situ ok. Siap kena bahan lagi dalam Grup WhatsApp. haha. Bella oh Bella.

Spot Muka budak yang hampir tersalah venue..hehehe.. Tudung hitam itewww laaa...Comel sungguh perangai. Haha
Aku dari rumah dekat Puchong, naik LRT dengan Anis pergi Putra Height. Dah la masa dalam LRT aku dengan anis non-stop berborak. macam kan ko 10 tahun tak jumpa.. Padahal 7 tahun tinggal sama ok. Macam tak pernah habis topic..kakakaka. Akak depan kiteorng jap karang jeling, jap karang jeling. Aku dengan Anis siap buat 1 plot cerita pasal akak tu..."Ni kalau akak tu balik, dia jumpa kawan dia...mesti dia bagitaw...Ko taw, ada budak tadi dalam LRT..Ya Allah non-stop berborak.. At least gap la kjap ke..pening aku"..hahaha. Lepas dah sampai Putra Height, kiteorang pun naik BRT. Aku first time naik BRT ni..hahaha

Ni dekat LRT Station masa tunggu LRT sampai.
Sampai je Sunway, kiteorang pergi saperderk dulu. Pergi jela Food Court AEON. Last-last plan nak makan Nasi Ayam Hainan je. Sesambil tu beli kudap-kudapan iaitu Salad. Sedap salad dia.. krup..krap makan..hahaha.

Sesiap makan tu, Su pulak sampai..Aku first jumpa Su since dari konvo dulu taw.. Lama gile taw tak jumpa beliau. First sekali, kitorang beli Hokaido Cheese Tart. Aku ambik 2 pcs, dua-dua original. Original dah conform la sedap. Anis and Su masing-masing ambik original satu, Durian satu. Yang Durian, bau dia perhhhhhh..hahaha. Tapi, not bad jugak rasanya.. Satu pcs RM 5.8 kalau tak silap. Macam biasa, Su being Su. Kalau bab keluar and makan, memang tak pernah tak buat hal. Dulu sekali dekat KFC. Now, chesse tart ni pulak. Anis makan macam terjatuh sket, dia duk gelakkan yang Anis, yang dia jatuh setepk kat baju.haha. Yang Durian pulak tu.hahaha.

Ni Sis belanja 1 gambar.hahaha Cheese leleh wa cakap lu. Cenggini haaaaa..( Ibu jari naik satu letak kat peha, peha bend sket.)
Tungu punya tunggu si Ira and bella, tetaplah tak sampai, maka, jadilah selfie berjemaah untuk beribu shot dalam angle yang sama.wahahaaha. Jangan muntah ijo ye tengok.

Aku dengan Su menggedik

Tiada siapa menggedik

Lighting tak memberansangkan

Tangan ku Parkinson dimana-mana

Oh..Parkinson telah pulih.

cubaan kawaii dengan symbol peace.

Parkinson 2.0

Nur kasihMu mendamai di kalbu..lalalalala. Anis dah ketap bibir..hahaha

Letih dah tulis caption..hahahaha



Aku menyelit..hahaha

Muka haku paling banyak gedik..hahahha

Anis dah malas layan..kakakakka

Anis cubaan comel and Su cubaan kelip mata terkelepet



Ko dah kenapa NOLI???



Udah la gambor mengkome ye.. Muntoh ijo orang nengok..hahahahha. Lepas dah jemu, Ira and Bella pun sampai. Datang dengan muka gembira, tangan pegang eskrem ok.hahaha.

Sampai-sampai je, kitorang plan nak la main bowling. Sekaliiiiii ada company buat tournament and full reservation. Nyampah taw.

Muko ko dah kenapa ye Noli?

Jambu Bunga kembang semangkuk hidung aku..wahahahaha


Sebab tak dapat main bowling, maka bergambor jela yang mampu..hahaha. Dari kiri, Bella, Bernoulli, Anis, Ira. Su snap pic.
Dah katanya tak jadi main bowling, mariii shoot ke TGV tengok wayang. Kat sini ada satu peristiwa tragis berlaku..mihmihmih. Mula-mula kitrang book ticket kat kiosk TGV untuk beli ticket. Ira dengan Su yang handle and bayor guna Debit Card Bella. Aku ikut je, diorang nak tengok cite Guardian, pukul 4PM, Hall 4, Row C. Current time 3.50PM. Kiteorang pun pergi la Hall 4, sekali tengok Row C penuh mahamat Cihina. Dah pelik ni. Keluar semula cek ticket. Semua orang duk cek Hall dengan Seat. Aku cakap, cuba tengok time. Sekali....





-






-






-





-




-



-



-



                            11.45PM..11.45PM..11.45PM..11.45PM..11.45PM..

(Saja buat effect gema) katakooo.. Tak lalu nak balik malam..hahaha. Muka Ira dah cuak..haha. lepastu try solve dengan try exchange ticket. Nak try exchange dengan waktu lain. Aku pon tak tahu boleh exchange ke tak, bedal jela Tanya. Tak Tanya karang, tak tahu pulak. Aku teman la Ira Tanya. Ira dah la suh aku cakap..hahaha.

Budak cashier tu panggil manager dia. And lepas explain sikit, boleh tukar cerita yang sama pukul 4.00PM. yahoo. Tapi, seat 2nd row la. Hentam jelah..hahaha. Alhamdulillah. kiteorang pun masuk la tengok. Cerita dah start dalam 5 minit awal.

Habis wayang around 5.50PM camtu. In between stiap jenjalan tu ada pic yang memeuntahkan ijaukan sesape yang tak berkenaan tengok..kakakkaka. Contohnya...

Eh.. pic tuan Tanah dulu pulak.hahaha




Tu..kad aku pegang tu kad kahwin Su taw. Masa dia tengah gelak besar, aku tepuk kat bibir dia..Jadilah art camtu..hahaha..

Kat escalator pon jadi..hahaha

Me and Su

Bangga muka haku..hahaha

Pehal kedudukan daku macam cacat???








Bibir jelina julin Su..Hahaha








This ine is nice. Dari depan, Asma Suhanna, Aznorlita, Anis Fatihah, Nor Shahira, Nurul Nabilah
















Perhh..menimbun pic. So, lepas tengok wayang, makan malam, hazwie jemput aku dannn BALIKKK.

WE'RE 2017'S BRIDE TO BE, INSHAALLAH :)

Date Occation: 4/3/2017

Burbye.
Assalamualaikum