Pages

Monday 31 October 2016

Pengalaman Sakit-Part II- Adhesion Collic

Assalamualaikum..

Aku pernah cerita sakit sebelum ni (Klik Sini).. Selepas 6 tahun, ada lagi sequelnya..huhuhu.. Masa ni aku tengah study lagi. Nasib aku baik nak jadi masa cuti sem, tapiiiii..penghujung cuti sem..kalau tak salah aku lagi dua/tiga minggu cuti nak habis. Dalam kepala aku, mesti aku kena extend sem.

First operation adalah disebabkan Peritonitis (Appendik Pecah), and second time ni pulak Adhesion Collic (Pelekatan Usus). Dua-dua ni adalah perkara yang berbeza ya. Adhesion Collic ni secara ringkasnya; kesan daripada sejarah pembedahan yang lalu...biasanya pada bahagian abdomen. Untuk kes aku, usus-usus aku melekat dan ruang dalam usus menjadi sempit. lepastu segala mala sampah sarap, gas, air susah nak lalu. Eh, tak tahulah aku nak terang secara detail.. Untuk tahu lebih detail and ilmiah, boleh refer sini.

Masa study, duduk jauh dengan keluarga..conform lah makan aku tak menentu. Bila cuti sem datang je, apalagiiiiii..aku makan bagai nak gila. Masa ni aku tak tahu pun aku maybe akan menghidapi Adhesion Collic ni.. Apa tu adhesion Collic pun aku tak pernah tahu..hahaha.. Padan Muka aku. So, satu hari ni aku rasa sakit perut yang amat (stomach-cramp).. Tidur malam pun tak lega, still sakit. Lepastu, bila dah start muntah, aku dah jadi risau.. Perut mengeras. hati aku tak sedap and ada rasa tak kena.

Ayah aku hantar aku pergi hospital Temerloh and aku skip the outpatient queue, terus pergi ke Emergency Lane. After doc check, aku conform admitted. Hati aku berdebar. Aku dapat rasa aku kena operation kali kedua. Uwaaaaa. Tapi, kali ni lebih tenang and prosedur lebih lancar. Mungkin sebab doc dah boleh expect apa yang terjadi pada aku. Compare dengan second operation, kan doc confuse apa sakit aku.. Suspect cyst, tapi sebenarnya appendik pecah.
 
Kali ni tak ambil masa lama, tak salah aku, bebrapa hari aku duduk ward...Doc dah decide aku kena do the operation. Masalahnya, disebabkan kali ni semuanya dah dijangka... Prosedur yang buat aku cuak pun telah dijangka. Sehari sebelum operation, nurse datang dekat katil aku..Dekat tangan dia ada segulung wayar. Gulp. Aku takut gila ok. Aku macam dah dapat agak sikit lah apa yang dia nak buat.
 
Dia tutup je langsir, aku tak bagi abang aku tunggu luar..hahaha (Masa ni abg aku jaga aku). Tapi, nurse suruh juga dia tunggu luar. Nasib time ni aku dah umur 22 tahun.. Kalau 16 tahun macam dulu, aku syak aku nangis...hahahha. Ok, mula-mula dia suruh aku tark nafas panjang-panjang. Kemudian, dia sapu macam minyak pada hujung tiub, then slowly dia masuk kan tiub tu dalam hidung. HIDUNG OK! dia jolok-jolok-jolok-jolok dan jolok, tapi aku termuntah.hahaha. Gila ko, sakit weyh..lepastu jadi rsa nak termuntah sebab tube tu akan terasa dekat tekak.
 
Lepastu nurse tu tegur.. Masa dia jolok tube tu, aku kena bagi kerjasama dengan telan tube tu..Kalau aku refuse, jadi terkeluar semula and kena mula semula. Aku nak nangis sebab masalahnya susah nak telan masa dia jolok tu sebab sakit. Second time, aku nekad untuk telan tube walaupun sakit. Dia start masukkan tube tu, aku telan. Tapi, bila dari hidung sampai ke anak tekak, ok, kat sini paling susah.. dari tekak, tube tu pergi pulak sampai dalam perut. Ko Ghase? Kali ni settle, and dia gam la tube tu tepi hidung aku. lega and settle.
 
Tapi, serius la..tak selesa. Once aku telan air liur, terasa satu tube besar dekat tekak and masa proses tu dibuat, maybe tekak aku luka. So, jadi perit. Disebabkan esoknya aku nak operation aku dah kena puasa. In fact, sejak first day warded aku dah tak boleh makan..yela, kan usus aku dah tersumbat. So, doc tak allowed any food untuk masuk lagi dalam usus. Sebab tak boleh minum tulah, aku rasa tube tu tak selesa gila. Gerammmm je tangan aku nak rentap benda alah wayar tu..hahaha

Lagi satu yang aku tak alami masa first operation ialah pemasangan urine tube semasa sedar. Nyampah. Tak boleh ke pasang masa operation je? Sebab, perit ok. Dah la mula-mula pasang nurse pasang salah saiz sebab masa aku buang, dia keluar kt luar, tak masuk dalam bag tu.Hmmppphhhhh. Dahh kena buang and pasang sekali lagi. Sekali lagi maknanya SAKIT. tahu tak?? haaa..kan dah emo..hahaha.

Masa operation, macam biasa la..Sama je macam first experience. Haaa..cuma kali ni ada satu pengalaman yang aku serius tak boleh lupa. Camni, Masa tengah operation conform lah aku tak sedar sepenuhnya. Tiba-tiba aku macam tersedar tapi tak boleh buka mata. Sangat high, Tapi aku terasa sakit gila dekat bhg perut aku, ya Allah pedih and perit. Aku just mampu sebut sakit..sakit...sakit then aku dengar bising-bising and gelap. Sedar semula masa operation dah selesai je. Takkan aku mimpi kot..hahaha.. Sampai sekarang aku tak boleh lupa. Aku pikir-pikir entah-entah masa operation tu, bius aku habis kot..hahaha.. Ngek. Entahlah, tapi aku rasa real kot.huhu.

Selepas operation, macam biasa...fenomena biasa.. Aku boleh tekan morphine or pethedine if rasa sakit. Macam first operation juga. tapi, aku rasa ibu yang ceaser sewaktu bersalin tak akan diberi ubat penahan sakit la because aku cnfuse, daripada pengalaman orang terdekat yang bersalin ceaser, selepas operation, diorang cakap sakit gila. Aku pulak cam confuse, aku yang operate bukaan major satu perut pun, apehal tak sesakit macam diorng cerita? last-last aku syak ibu mngndung ni maybe tidak diberi ubat penahan sakit..mungkin sebab nak meyusu baby kot.

Aku tak boleh imagine kalau aku tak dapat penahan sakit..wooooo..pengsan kot..hahaha. Sebab, operation aku start dari atas pusat sampai ke bawah..bawah sampai ke ari-ari tu..Aku still takboleh makan and minum lepa operation. Seksalah sebab tube tu lah..tekak dah la kering and sakit.

Hmm... Alhamdullilah, lepas dah recover dari second operation ni, aku sambung study macam biasa..Tak yah extend..hehehe.. Then, ada la beberapa siri of minor adhesion colic. Aku pernah masuk observation ward dekat Hospital Serdang- Tapi, Alhamdulillah, boleh discarged, maybe sebab tak teruk macam before ni. Time tu aku jumpa pakar bedah, dia turun untuk monitor aku. Dia cakap, theres no alternative way to cure for adhesion collic once u have it. It just depends on your luck and destiny. Ada orang tak pernah lansung kena and ada orang kerap. Masalahnya, berapa kali nak kena operation sepanjang hidup? :(

Tapi, InshaAllah, walaupun tak ada alternative to cure, but it always have chance to prevent it.Kan? macam aku, kadang-kadang aku sedar, kadang-kadang aku lupa..hehehe.. tapi, aku akan monitor tempoh pembuangan aku. This time, seriously strict. lebih dari 3 hari and aku intake more food, aku akan makan ubat. Instead of ubat, aku try cari detox tea atau spplment yang boleh cuci usus. Sebab, ubat Novalax Bisacodyl yang aku ambik sekarang just too strong. Pharmacyst pun tak galakkan. Aku tengah usha-usha produk Shaklee sekarang ni..hehehe.

Ha..lupa...aku ada jugak try rawatan alternative. Aku jumpa tabib cina..hehe.. Dia ajar cara massage usus bagi bergerak and dia suggest to do acupuncture. Tabib tu Tanya aku, apa yang doc buat pada usus aku? Errr..hahah.. Aku tak tahu. Sebab, tabib tu cakap, kalau doc potong usus aku and jahit, kemungkinan parut yang bercamtum akan menyebabkan ruang usus mengecil and mengecik. Aku kena dapatkan full medical record aku dekat Hospital temerloh dulu, then only I know betul ke persoaln tabib tu. So, apa yang berlaku pada usus aku?

Nantikan jawapan pada next entry...Kalau ada..hahahha.

Ni masa 2nd operation. tak Taw sape amik pic ni.. Sebab masa org amik pic masa 1st operation, aku marah..hahaha.. Aku takkut kalau aku tak sihat, pic tu jd kenangan je..hahaha. Psyco. ekekekke

Haaaa..Nampak tak tube tu.. Tube tu lah yang aku cerita kt atas tu.. yang nurse seletip tepi hidung..hahaha.. nasib ada jugak kenangan 2 keeping pic ni..hehehhe