Pages

Wednesday 11 November 2020

Persediaan bertunang secara teratur. Perlukah?

 Holla,

Perlu ke persediaan kahwin dan bertunang ni dibuat secara teratur/ well-organized? Atau anda-anda diluar sana (terutamanya bakal pengantin) lebih senang memilih 'go with the flow' sahaja. Atau duk main plan dalam kepala kemudian laksanakan? Well, pilihan di tangan masing-masing kan. Tepuk dada tanya selera.mihmihmih.

Hari ni aku sekadar nak berkongsi pengalaman aku membuat persediaan bertunang dulu. Next post aku akan share persiapan kahwin aku yang dah tentu-tentu lagi panjang. haha. Tahu, dah terlambat untuk aku sharing sebab usia perkahwinan aku dah pun mencecah 3 tahun 6 bulan. Tapi, sebab aku documented kan hampir semua peristiwa, so harini dapatlah aku sharing tips-tips yang berguna buat sesiapa yang memerlukan diluar sana. Ok, jom kita explore. 


Aku rasa aku jenis yang well-organised so sebab tu aku buat satu planner khas untuk setiap majlis penting dalam hidup aku. Ada 2 objektif aku buat planner ni.

1. Semasa : sebagai planner untuk catat aktiviti semasa. contohnya, budget, target dan apa barang yang nak dibeli, segala outcome perbincangan, dll. 

2. Selepas majlis : sebagai kenang-kenangan dan memori berharga yang kita akan ingat sampai bila-bila. Sekecil-kecil details akan dicatat dan nanti jadi memori paling berharga buat korang untuk dikenang.

Terpulang bagi korang untuk set objektif kenapa korang perlu ada planner. Kalau korang sukakan sesuatu yang kreatif, jadi boleh lah decorate macam yang aku punya diatas. Kalau korang jenis yang simple, tulis macam catatan biasa pun dah memadai. Jom tengok next page.


Aku start buat planner ni since aku plan untuk bertunang lagi dah. Bertunang ni biasanya cost tak besar macam majlis kahwin so dari sini aku nak tengok efektif atau tidak untuk ada planner. 

                             

Page pertama, aku dah catat siap-siap menu pada majlis tersebut dan berapa headcout untuk dapat anggaran budget yang perlu dikeluarkan. Aku sertakan juga beberapa checklist penting. Contohnya, tarikh masak, tarikh in duit kepada caterer (dalam kes aku, kakak dan abang ipar yang masak, so perlu tahu tarikh untuk in duit pada diorang), pinggan mangkuk yang akan digunakan samada jenis pakai buang atau jenis yang perlu dibasuh (perlu difikirkan juga tenaga kerja jika mahu guna pinggan yang dibasuh), dan menu akan dihidang secara buffet/secara hidang. 

Listkan juga barang hantaran untuk bertunang. Biasanya tunang ni simple-simple je, so senaraikan untuk kedua pihak lelaki dan perempuan. Senang untuk korang buat budget kasar dan dah boleh mula menyimpan. Itu yang penting! Catatkan sekali detail-detail yang mungkin kita mudah terlepas pandang, contohnya dulang hantaran. Samada korang boleh pinjam dengan saudara-mara atau ada budget lebih boleh beli. Next.

                               

Page seterusnya aku catatkan info tentang khemah + meja & kerusi (bagi sesiapa yang buat didewan,  adakah dewan tu menyediakan kerusi dan meja?So, ini yang perlu korang highlightkan dalam planner tu), make-up, pakaian, deco pelamin, fotografer dll. Untuk setiap details ni aku akan catat siap-siap siapa yang akan aku guna khidmatnya (survey dulu lah yang pastinya,jangan semberono conteng-conteng planner tu sampai korang pening- sebab planner ni jugak akan jadi tempat rujukan), anggaran harga, dan checklist-cheklist penting yang berkaitan. Contohnya yang aku diatas, nampak tak tulisan dengan pen merah? Tu semua checklist. Kalau dah settlekan atau dah siap dilaksanakan, aku akan tick. So mudah untuk kita tahu apa yang kita dah buat dan apa yang belum. 

Next page tu aku buat simple minit untuk setiap perbincangan antara aku dan pasangan. Next jumpa/meeting kita kena bincang pasal apa pulak. Jadi, kita takdelah out of track nanti. Tahu dah nanti apa yang nak dibuat. Nota kaki dibawah tu sebagai selingan je, aku selitkan moment apa yang berlaku semasa perbincangan tu. Kata nak buat sebagai kenangan jugak kan? so, 2 in 1 la kiranya ni. 

                                

Kalau korang extra rajin boleh ambik mana-mana calendar kuda yang berlebih kat rumah tu, gunting dan tampal dalam ni. Kalau yang aku ni print out sendiri je. So, tuliskan event-event penting yang korang perlu buat untuk tarikh sekian-sekian. Contoh yang aku ni, 23/24hb tu aku tulis coklat, cincin, alas dulang, dulang, pakaian. Yang mana aku dah sediakan aku tick kan. 

5hb pulak aku tulis reminder untuk ingatkan ayah aku supaya settlekan bab khemah (sebab khemah pinjam yang surau berdekatan rumah), invite jiran tetangga, inform jurucakap majlis, bila dan siapa yang akan pasang khemah. Mengingatkam urusan orang lain ni yang perlu ada reminder, yang pastinya. haha. Kita tak boleh cakap sekali kemudian lepas 100% kat orang tu. Nanti taw-taw hapah pun tak dibuatnya lagi kalau orang lain tu terlupa ke apa. 27hb pulak aku note down untuk confirmkan dengan khidmat fotografer dan khidmat make-up. 

Tu page sebelah nampak love sebesar gajah tu? Tu la tarikh keramat aku bertunang. 6 Ogos 2016. Kenapa buat love besar-besar warna merah? sebab bagi senang nampak la ceq oi. Nampak tak aku gariskan panjang 1-3hb? Aku tulis 'remind ayah'. Ha, aku memang particular sebab tu aku buat planner.haha. 2/3 hari sebelum majlis, aku siap catat flow-flow penting. 4hb aku tulis, 'Wie (suami aku) hantar Noli dekat rumah Kakpi (kakak aku)', 'Buah epal', 'Ambik hantaran Wie'. 

5hb pulak semakin berjela catatan, sehari sebelum majlis la katakan. haha. Antara yang ditulis:

. Bagi cash dekat Kakpi RM500
. Kakpi & Ajid (abang ipar) masak
. Cheese tart & Cream puff
. Siapa yang akan panggil Noli untuk turun sarung cincin (Nampak tak sedetailnya aku tulis, so senang tak la ternganga-nganga nanti)
. Pasang khemah.

                                 

Page kiri tu aku memang akan simpan segala resit pembelian berkaitan pertunangan aku. Aku simpan, fotostat (kalau tampal original resit, lama-lama carbon ink tu akan pudar), dan tampal. Aku selitkan juga nota kaki kecil berkaitan pembelian tu. Kenapa buat macam tu? selain sebagai rujukan kemana duit dah pergi (bukan nak cakap apa ya, bila kita dah mula buat persiapan majlis, benda-benda kecil yang kita belilah yang paling besar budget sebenarnya dan apa yang penting selalunya kita takkan perasan. Bahaya ok. Nanti-nanti kita tanya balik atau akan argue dengan pasangan, "Awak beli apa guna duit tu semalam, tinggal banyak ni je duit?" atau, "Eh, duit semalam tinggal banyak ni je? Aku beli apa lagi semalam?". Haaa, untuk elak sebarang argument, kita catat siap-siap so apa-apa yang kita tak pasti..zasss rujuk je semula. Aaagitchuu. Alasan lainnya, sekarang ni aku dengan Hazwie (suami) suka gila tengok-tengok balik buku ni. Sekecil-kecil perkara pun ada bukti dan dicatat! Kenangan yang tak ternilai kan? Kalau jodoh panjang, memang benda ni akan jadi sentimental value. Tapi, kalau jodoh tak panjang..erkk.Haha. Boleh je disimpan atau buat rujukan majlis lain nanti. Simple. Yang aku tu resit aku beli coklat buat hantaran dengan resit parking. Haha. Parking pun aku tampal. Noli....Noli. 

Eh japppp. nak taw kenapa aku simpan resit parking tu? sebab ada peristiwa. haha. Nasib aku tulis nota kaki tu, kalau tak confirm lupa dah. Sebabnya kiteorang tersalah parking pergi parking bahagian valet kalau tak salah, atau parking VIP yang parking spesies kayangan, Kena RM20. amikauu. Untuk rakyat marhaen macam aku, parking saja kena RM20 boleh jadi sejarah yang takkan terlupakan, tahu? So yasss, sebab tu aku tulis dalam ni. kenangan. Haha. Tapi, benda camni gunanya bila kita terr over spent duit majlis tak tentu hala sampai habis RM20. Nanti partner argue, kita tunjuk planner ni.."tersilap parking wakkk". Bhahahaha. 

Page sebelah kanan. Aku buat simple minit jugak, perbincangan dengan Hazwie. So, apa yang aku catat?

1. Content perbincangan semasa merisik & bertunang.
> Ok, ini lah bahagian terpenting yang perlu korang bincang dengan pasangan. Biasa content utama untuk bertunang ni tak lari dengan 2 isu ni. Tempoh ikatan dan jumlah hantaran. Yass, yang ini perlu ikut kemuafakatan pasangan dan keredhaan keluarga kedua belah pihak. Ok?

2. Itinerary majlis.
> Adalah lebih afdhol pasangan yang memainkan watak utama ni yang paling arif mengenai flow majlis pada hari penting berlaku. Sebab? sebabnya kalau orang duk tanya apa-apa, takdelah kita ter blur-blur atau tak tahu menahu. Perlu diingat, jangan serah 100% pada mak-ayah atau keluarga. Jadi pengantin yang bertanggungjawab dengan ambik tahu setiap inci majlis korang. Lepas korang bincang dengan pasangan, usulkan pada keluarga dan minta pandangan orang tua jugak berkenaan hal tu. 

3. Current budget/ bajet semasa.
> Buat kiraan bajet yang paling realistik denngan duit korang yang dah ada. Macam aku, aku list dulu total duit yang ada pada kiteorang. Kemudian, baru list kan bajet kasar untuk majlis macam makan, khemah/meja, make-up, pakaian, fotografer, barang hantaran. Kemudian, tolak sesiap dan balance tu agihkan pulak untuk beli perkara-perkara kecik. Yang paling penting, duit as contigency WAJID ADA ya. Cash perlu ada kat korang untuk perkara ad-hoc yang tak terjangka untuk hari penting korang tu. maklumlah, benda-benda macam orang mintak duit nak beli ais la. Kejap nanti orang cakap ni tak cukup, tu tak cukup la. So, penting ada duit tambahan, paham?


OK, ni antara benda yang korang kena simpan la bagi aku. Resit cincin merisik dan tunang! Ini la tanda yang paling besar untuk korang. So, resit pembelian tu fotostat dan tampal elok-elok. Sat lagi lepas dah kahwin, borak-borak. Mesti ada keluar pertanyaan, "dulu harga emas masa kita nak tunang murah lagi. Berapa haritu cincin tunang kita beli?". Haaaa, jam-jam tu la bawak keluar planner tengok. Jangan cakap benda-benda sentimental value ni tak penting ceq oii. Tak semua otak kita boleh recall sekecil-kecil benda yang berlaku dalam hidup kita. Nanti ada la yang kata, "simpan cincin sudahlah..buat apa sampai ke resit nak simpan?" Harga tu..harga tu penting juga ya. Bayangkan selepas 20 tahun, anak cucu kita duk kelebet planner ni, dia boleh nampak harga emas tahun 2016 okay. Haha. 


Last part, aku share hasil sketch tak bertauliah untuk pelamin aku. Wahaha. Aku nak jimat, so pelamin deco sendiri je. Tema aku pilih tradisional so aku guna-guna je barang yang ada dekat hiasan rumah. Jimat kan? sketch macam kan designer, haha. Tapi, korang nak tengok tak hasil dari apa yang aku sketch ni? Scroll bawah
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.

.
.
.
.

.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
Scroll bawah lagi la
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.

.
.
.

.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.


Tadaaa..hahaha. Semua tu deco sendiri je. Baju tunang pun simple je aku pilih, semuanya konsep tradisional. Alhamdulillah, dalam 9 bulan kami bertunang, kami terus ke fasa seterusnya. Nikah dan majlis resepsi.

So, bagi aku bila kita buat planner khas untuk majlis penting, memang kita dapat eliminate risiko-risiko over spent or over budget, pengurusan jadi lebih teratur, kita dapat mengurangkan risiko terlepas pandang sesuatu perkara. Semua akan lebih organize. Aku memang menggalakkan bagi pasangan-pasangan yang bakal bertunang atau bakal berkahwin, silalah buat planner. Tak sama macam aku takpe, tapi biar tersusun details majlis korang tu nanti. It really helps! Lepastu, memang syok la lepas kahwin nak recall balik sama-sama nanti. Aku dah lalui dan aku percaya korang pun bakal lalui benda yang sama. So, selamat bertunang bagi yang dah selamat membaca entry aku ni sampai habis. Next entry aku akan tunjuk plan aku untuk majlis nikah dan resepsi. maybe kena buat 2 part kot. Haha. Eh, kehidupan lepas kahwin pun aku ada buat satu diari khas taw tak? Kalau rajin nanti aku share lagi.

p/s : Boleh baca entry pasal majlis bertunang aku di sini

Tada. 

Rawang,
111120
4.30pm