Pages

Tuesday 7 June 2016

Diary Ramadhan-Day 2

Assalamualaikum..

Puasa hari kedua dah..Rasa cepat je masa berlalu kan? Semoga boleh melalui Ramadhan tahun  hadapan, InshaAllah. Semalam berbuka apa eh? Haaa...semalam aku berbuka simple je, sebab dah besar kan...dah tak makan masa awal remaja dulu. Time tu semua nak makan.haha. Semalam Hazwie datang lagi berbuka sama.

Semalam still lagi kiteorang mencari Bazar. Tapi bukan bazar hari first haritu..Ni yang lain. Sebab dah banyak sangat bazar, aku sendiri dah confuse dekat area mana bazar yang ni.. Aku keluar ofis semalam dalam 5.30 petang.

Hazwie sampai bawah je, terus gerak ke Puchong Perdana. Jalan agak jammed. Tapi, sampai je dekat area mana ntah, temperature kereta naik..Nasib dah dekat jugak dengan Petrona.. So, sementara tunggu temperature turun, Hazwie pergi Asar kejap..

Lepas siap asar, dia check kereta and buka tempat simpan air tu...Bnda tu kan panas, dia dekat luar terjerit-jerit panggil aku...Aku dah menyahut kuat gile ok, dia still tak dengar..Bila aku keluar sikit, dia suruh aku bawakan carpet kereta cepat-cepat....Lepastu, bila aku dah bawa...dia buka je penutup air yang panas tu macam biasa.

Eh??? Suruh orang bawa carpet  macam sajeeee je kan? Lepastu dia kata aku yang lambatttt sangat bawa. Amboi. hahahaha. Ok, yelaaaaa...aku lembs...Paham..hahaha. Aku masukkan balik semula carpet tu..

Dah lama sikit, Alhamdulillah..temperature dah turun..Syukur sangat hati ini..hehehehe. So, kiteorang jalan semula. Sampai-sampai, nasib parking senang je. Hazwie ni memang jenis boleh kawal la tengok makanan sedap-sedap. Aku susah sikit.hahaha. Dia hanya beli Beriani Ayam je. Hello, aku tanya taknak kuih ke..dia cakap banyak hari lagi puasa. Aku beli Nasi Kerabu untuk berbuka...Nasi ayam penyet untuk bersahur, dengan tauhu sumbat..Sukanyaaaaaa dapat makan tauhu sumbat..hehehe. Air tembikai. itu je..hehehe..Tapi, syukur Alhamdulillah, takde pembaziran.

Harini decide nak makan ala picnic dekat tepi pool rumah...Kiteorang jumpa da port selesa nak berbuka mana lepas ni..dekat tempat open BBQ sebab dah ada meja yang selesa cum sink depan mata untuk basuh tangan... Senang sangat.hehehe..Dengan ada lampu yang terang.

Kan hari pertama tu dekat Taman wawasan. Area tu gelap and takde air.. Dekat sini senang sangatlah..lepas berbuka boleh terus mandi kolam..heheheh..Semua sttle dengan jayanya..Lepas makan, berbual kejap..lepas tu dah boleh balik...Sahur esoknya aku makan nasi ayam penyet..Walaupun sejuk tapi sedap je..hahaha..bak kata ayah, "Adik tu semuaaa pun sedap"..hehehehe.

Ok, tu je cerita day 2 berpuasa.
Till the, daaaaa

Monday 6 June 2016

Diary Ramadhan: day 1

Assalamualaikum..

First day puasa. Aku jenis susahnyaaaa nak bangun sahur. Awal-awal rajin lagi. Cuba tengok hujung-hujung.... Jenis aku, kalau sahur..tak makan takpe, jangan tak minum air sebab aku jenis minum air banyak dalam sehari. Berbuka hari pertama, aku berbuka dengan Hazwie. Puasa pertama tahun ni jatuh hari Isnin. Disebabkan jatuh hari pertama bekerja, kiteorang decide nak berbuka ala-ala picnic...Kalau nak spesel sekaligus dengan aktiviti-aktiviti, kiteorang decide nak buat weekend. Aku pun setuju..hehehe..Hari bekerja tak larat.

Ok, first mission on first day, kiteorang kena cari Bazaar Ramadhan. Yey!hahaha. Bila aku suggest Bazar dekat Bukit Kinrara, Hazwie taknak. Ok foinnneee...Dia nak cari dekat Puchong Perdana. Baiklah. Mula-mula jumpa yang pertama, tapi macam satu row je. Dia cakap, xpee..cari lagi..Ok, jumpa yang kedua depan rumah flat. Aku macam, haaaaa...oklah sini dari tak jumpa. Dia cakap, xpeee..kedepan sikit lagi. Aku dalam hati dah start berkata-kata, "Ada jugak ni tak sempat"..

Sekali jumpa Bazar yang lagi best.hehehe..Sebab ramai dan panjang dan lagiii banyak pilihan. Masa tengah jalan first round, aku jenis tengok dan set..apa makanan yang paaaaalingg buat aku terliur sebab kalau ikut kegemaran dan ksedapan, banyak hoi.hahaha. Aku plan dengan Hazwie, kena ada 1 makanan berat, 1 makanan yang ringan, air, kurma. tu je. Hazwie jenis bertenang ok. Bertenang dia sampai aku yang tak boleh bertenang.hahaha.

Dia boleh jalannnnn...tengokkk..dulu first row. Then, slowly decide..Aku tak boleh, apa yang aku nampak sedap semuaaa aku nak beli..hehehe..Tapi disebabkan dia jenis bertenang, aku kena la berpura-pura bertenang..Karang Nampak menggelabah didepan beliau, lepastu kena tegur. Bila dah habis first round, nak masuk second round.. Aku dah taw apa maknan berat yang aku nak, makanan ringan yang aku nak..hehehe.. Nak taw apa yang aku decide?????

                                                                              -
                                                                              -
                                                                              -
                                                                              -
                                                                              -


Aku decide aku nak makan nasi putih + Ayam goreng kunyit + Daging goreng kunyit + Sambal + Kicap. Dah kenapaaaa sedap sangat ni. hahaha. Aku serius terliur makan kering macam ni. kalau kuah-kuah rasa muak sangat dah.. Last-last Hazwie nak jugak. Aku syak dia ni ikut tekak aku je ni sebab ramai sangat orang. hahaha.. Aku risau sebab dia bertenang sangat. Lepastu aku bagitaw, aku nak bubur pulut hitam. Hazwie ambil bubur lambuk. Eh, tapi bubur dia sedaplah.. Boleh beli lagi lepas ni. Dua-dua bubur pun sedap.

Last sekali, beli kurma dan air manga. Aku nyaris terjebak beli tauhu sumbat. My all time favourite. Tapi sebab kena maroh and sentap, terus tak beli.kahkahkah. Tapi mujur jugak sebab lepas berbuka, memang tak larat nak masuk apa dah. Apa yang kiteorang beli ngam-ngam. Syukur Alhamdulillah. Dah selesai beli dekat bazar, kiteorang gerak pergi Taman Wawasan..nak berbuka dekat situ. Aku suka macam tu dari berbuka kedai.hehehe

Sebelum sampai Taman Wawasan , Hazwie nak beli durian. So, beli sebiji besar. Ngam-ngam la setting masa.. Sampai je Taman wawasan, terus kiteorang rehat jap and sempat hidang-hidang....terus berbuka.. Mula-mula makan bubur, nasi, and durian. Bubur lambuk settle, nasi settle, air sttle, durian settle. Bubur pulut hitam aku, carry forward ke sahur..hehehehe. Lepas berbuka, kiteorang pun balik.

Nanti weekend, planning lain pulak..oklah, tu lah cerita first day puasa aku tahun ni. Alhamdulillah atas nikmat-Nya. Teringin nak solat tarawih pulak.InshaAllah.

Jumpa lagi, tata.

Sunday 5 June 2016

Durian Udang Merah & Durian Raja Kunyit

Assalamualaikum

Eh, memang ada eh dua nama durian kt atas ni? Ke aku kena tipu ni? Sebab, yang aku pernah dengar Musang King je..hahaha.

Aku dah craving for durian dekat sebulan kot. Semalam baru dapat makan. Kelmarin sebelum tu aku dah cari dah dekat area SS2 dengan Kg Baru. SS2 punya durian..Allah, kecik sangat. tak berbaloi untuk orang yang dah sebulan mengidam. Jd, tukar ke Kg Baru..ini laaaaaaaagiii la mengundang sangat sebab takde lansung duriannya. Jadi, plan the next day nya cari lagi.

Esoknya, cari dekat area rumah aku. Sebelum cari durian, kiteorang dah makan nasi dulu sebab nnti karang sakit perut ke apa..

Masa makan durian first tu, besar gile...rasa diiiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... Ya Allah... nikmat ok. Isi tebal, kuning, lepas tu ,memang semua isi dia purrfecttt..aku tak taw nak explain sebab rasa therbaik lah..hehehe.. Aku makan slow-slow sebab nak nikmati every bite.hahaha. Masa nak habiskan isi last, sebenarnya rasa dah kenyang n tak boleh masuk dah. Lagipun before tu kan kiteorag dah makan nasi. Tapi, akibat tamak, minta lagi sebiji. Ambik yang jenis lain plak.

Yang ni pun sama mcm dekat atas, tapi warna lebih kepada kemerahan. isi dia jenis banyak, and akan buat kita rasa cepat muak dan puas. Aku, yang nak last-last memang paksa habiskan jelah. Nasib la sedap gile..hahaha

Harga untuk both jenis durian tu RM179...memang mahal tapi puas hati sebab bila siap makan, kepuasan dia buat ko rasa xmau makan durian dalam jangka masa lama..haha. Maybe sebab dia durian yang berkualiti, kita jadi puas and x craving untuk masa lama.

Dulu, msa kecik, ayh beli durian longgok, boleh makan banyak ok..Maybe sebab atas factor kualiti. Memang ye, bila makan durian yang berkualiti, makan sikit memang dah nak stop sebab muak and puas..hahaha.

Korang kena cuba ok. Sesekali la maksud aku..kalau selalu, bankrupt aku..hahaha

ok, bye.
Assalamualaikum

Friday 3 June 2016

#HazwieNoliInAction - Mersing

Assalamualaikum,

PH masa labour day aku jalan-jalan pergi Mersing. Dekat sana memang best sebab dekat gile dengan laut. Pergi sebab nak attend kenduri kahwin. Plan asal nak bertolak pukul 7 pagi (lah sangatttt). Realitinya, pukul 11 baru bertolak ye.. Dengan tak sarapan.huhu.. Stop jap isi minyak, then terus shoot. Kiteorang ikut highway LEKAS, masuk jelebu, muadzam and terus ke Mersing..

Tapi aku suka pemandangan masa dekat Jelebu sebab suka tengok kawasan rumah sana, bersih je. Lepas tu habit aku suka tengok tepi-tepi jalan banyak orang jual makanan. Walaupun aku tak beli, tapi aku tengok..hahaha..Kalau highway kan macam bosan sikit. Kalau berjalan jauh, aku suka nikmati perjalanan. Tak sukalah jenis rushing- tak singgah makan, tak singgah beli jajan.hahaa. habit aku dari kecik, kalau dah start jalan jauh, beli jajan masa singgah isi minyak is a must .hahaa.. Ada rasa bahagia dan gembira disitu..kikiki..Lagi satu, aku suka jenis tapau dari rumah, makan adalam kete..

Eh, terpajang plak cite.. Sampai Mersing aka knduri kahwin dalam 4 lbih.. orang pun dah balik.. xpelah, niat nak attend je kan.. tapi, still sempat makan lagi..hehehe..lepas siap semua, kiteorang pun gerak ke rumah Hazwie.. Sebelum tu Hazwie sempat la bawak pusing laut. Tengok jeti nak ke Pulau Rawa, Pulau Tioman. Bawa p pesta dekat pantai.hehehe.. Aku sempat beli buah tangan nak bawa ke rumah Hazwie. Beli kerepek-kerepek je. Pastu sempat selfie-selfie..hehe..

Dah nak petang, kiteorang pun balik rumah. Malam tu xde air, so mandi dekat rumah abang Hazwie..hahaha.. Eh, malam tu sempat tolong mak Hazwie goring mi lidi.. Aku pun first time makan mi lidi.. Ke ada je jual tapi aku tak taw?hahaha.. Dah siap masak and makan semua, malam tu terus belayar sebab penat seharian atas kereta.

Esoknya, pagi sarapan macam biasa. Tengah hari macam biasa tolong mak Hazwie masak. mak dia masak sambal sotong dengan ikan masak kicap, buah tembikai, air sarsi..hehehe..bertambah jugak aku makan..dasar sangat kan perangai..hehehe.. Petang tu keluar ke Bandar Mersing cari makanan , buah dengan cari bag aku..hehehe..Maghrib tu balik.

Esoknya...esoknya terus..haha..pemalas gile nak cite..ala, xde aktiviti apa pun sebenarnya..Esoknya pergi kenduri jiran rumah Hazwie.. Kira jiran depan rumah. Ada makcik satu table dengan aku ni, dia jenis ramah sangat. Dia Tanya aku, "tahu tak masak tempoyak ikan patin?", aku angguk smbil senyum... Terus makcik tu bagitw bahan-bahan pada aku.. Aku terrr 'owwwwwww'...hahaha.. Balik tu mak hazwie cerita dekat family yang akak tu ajar aku masak tempoyak ikan patin.. hehehe.. Aku pun sebenarnya bukan tahu sngat masak tempoyak ikan patin tu..hahaha.. Tu yang aku 'owwwww'..hahaha..

Balik kenduri, free activity sampai malam. dan--esoknya balik Puchong macam biasa. Sebenarnya ni sesi kenal-mengenal..hehehe..Ok, jumpa lagi nanti.

Daaaa

Wednesday 1 June 2016

#HazwieNoliInAction - Hazwie betemu keluarga

Assalamualaikum

hhehe..tak taw nak mulakan entry ni cne..sebab, macam hepi.hahaha. Gedik sangat ko eh? Pang kang...Oklah, haritu decide Hazwie datang rumah aku untuk jumpa ayah n family pada 29 Mei 2016. Motif datang sebab nak mintak permission nak bawa keluarga dia datang nanti jumpa keluarga aku. Aku seronok bukan sebab apa ye..Sebab before ni, aku cukup takut tak selesa nak bercakap tentang relation dengan ayah aku. Masa aku study laaaagii laaa. Memang tak lah aku nak bawa BF jumpa ayah. Memang tak lah aku nak confess dengan ayah yang aku tengah 'in-relation' dengan sape-sape. Masa study ni maksud aku dekat u ye, bukan sekolah menengah. Masa dekat u tu, memang aku niat, masa convo aku nak kenalkan dengan ayah siapa aku berkawan (La Sangat). Konon masa convo sebab tanda dah hbs study la.hahaha.

Sekarang dah kerja, umur pun dah 26 tahun, memang dah sepatutnya la kan aku bagitahu ayah. Takkan nak tunggu umur 30 tahun kot? haha. Seminggu sebelum 29hb, memang aku dah bagitaw ayah siap-siap la Hazwie nak datang jumpa dia personal dulu.hehehe. Ayah ok jelah; tapi dia mintak jugak abg li datang sama.Knowing ayah, dia mesti nak ada penguat jugaklah. Aku paksa si Kokpi balik jugak la..yelaaaa..aku mana berani ok nak masak bagi sekeluarga makan.. hahaha. Aku masak, aku makan sendiri..berani la...lalalalalla.

Aku dengan kokpi decide menu Asam pedas ikan kerisi (Kawwwww punya), kerabu pucuk paku terbhoikkkk gile ok, sambal sotong yg gemuk-gemuk, ulam ulaman, sambal belacan, pengat pisang, air sirap. Phewww. Sendat perut makan. Eh, ni nak meraikan tetamu or nk meraikan perut sendiri..kahkahkah. Aku balik mentakab hari sabtu dengan kokpi n somi beliau. Petang tu sampai, takcabut tudung, terus gerak p cari barang nak masak esok. Cari pucuk paku gemuk n segar kat pasar malam, n barang lain tu dekat supermarket (TF). Petang lepas settle semua, p makan dekat kedai emak suami kokpi..kikikiki.. balik je rumah, lepas mandi, terus buat pengat pisang dulu...sambil prepare bahan-bahan..Esok boleh masak terus je. Dah siap tu, perhhh..terus tidur.

Esok nya, bangun..lepas tu terus tolong kokpi masak. Tapi, sebab semua dah prepare malam sebelum tu, xdelah kelam kabut sangat.. Masak dengan smooth je hari tu. Rice cooker rumah kiteorang memang kecik je ok, size paling mini tu..hahaha..tapi, ni ramai gile nak makan. So, minta ayah bawa rice cooker besor dari Office. Aku rasa haritu, aku masak nasi dekat 10 pot. Gile la, dh kenapa banyak sangat.hahaha.. Tapi, aku suka bila ajak org makan dekat rumah, nasi tu biar berlebih kat mata tetamu tu. nanti, takdelah dia nak tambah nasi jadi segan pulak sebab nasi ngam-ngam.hahaha. I is kenot ok, bagi orang makan, konsepnya biar puas.

Lepas makan, semua duk borak santai dekat ruang tamu..sementara bibik-bibik aku dengan kokpi kemas n basuh pinggan semua. Masa borak santai, bagi nasi turun dulu.hahaha. Bila aku pun dah siap kemas semua, dalam hati aku..Bila nak mula topic sebenarnya ni..Nampak nawwww perangai tak menyempat..hahahah. Bila aku Nampak semua cam tak buka topic lagi, aku pun dengan poyo, buat-buat lah nak bersiap n kemas baju sebab masa Hazwie balik, aku pun balik sekali Puchong. Esok Isnin, kena keje. Owh, lepas aku siap semua tu, ayah start buka topic..hehehe

Aku;walaupun tengah kemas baju dekat atas, aku dengar ok apa yang diorang bincangkan..hahaha, Hazwie pun bagitw ayah la, yang dia nak minta izin nak bawa family datang lepas raya tahun ni. Perkara seterusnya adalah P&C la buat masa ni..hahaha..Bila semua dah clarify, lega sikit hati aku ni..hehehe..Macam kan dah lepas nikah nak lega segala..hehehe, Tapi, tak kisahlah. At least, lepas dah satu step. Lepas ni, step seterusnya pulak, InshaAllah.

Dah selesai semua, ayah pun nak bersiap pergi Car Booth Sale. Aku pun nak gerak sekali jugak balik Puchong. Macam tu lah kissahnya Hazwie bertemu keluarga aku secara rasmi buat kali pertama.hehehe. Semoga perancangan seterusnya dipermudahkan dan diberkati Allah, InshaAllah. Amin.

Till then,
Assalamualaikum