Pages

Monday, 18 April 2016

Mama!Perjalanan hari-hari selepasnya.


Assalamualaikum.

Disini aku abdikan cerita tentang orang yang paling aku sayang.. Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang...

Masa umur aku 13 tahun, aku kehilangan seorang mak. Arwah ma aku meninggal sebab sakit; di Hospital Kuantan. Doc diagnosed sebab kegagalan organ dalaman berfungsi. Tapi, aku tengok dekat sijil kematian, sebab kematian tu panjang gile. Macam satu paragraph pun ada.

Seingat aku, ma aku bukan jenis yang selalu sakit. 13 tahun aku hidup, aku tak pernah tengok ma sakit kuat selain yang common macam demam, batuk, selsema macam tu lah. Then, one day, ma cakap doc dekat klinik dia suruh buat check up sebab mata ma ada slight yellow-ish. Aku time tu rasa biasa je..haha. Sebab, xdelah aku pikir serius kan. Aku ingatkan, biasalah mata ada warna kuning sikit..huhuhu..Ma check up dekat private klinik. Balik dari check up, ma bagitahu doc suruh refer hospital coz suspect ada batu dalam hempedu. Ok, time ni masa ma bagitahu aku ada la berdebar sikit. Tulis ni pun rasa nak bergenang dah..Uwaaaaa... :'(

Masa tu Hospital temerloh x siap lagi kalau tak silap. So, smua kena refer hospital Kuantan. Mula-mula ma pergi Hospital Mentakab dulu. Then, ma kena jugak pergi Hospital Kuantan. Hati aku dah tak sedap sebab aku rasa macam...berat je sakit ma ni :( Hari yang ma pergi Hospital Kuantan, aku sekolah. Hari yang sama lepas ma balik dari Kuantan, ma bagitahu ma kena warded (Kalau tak silap aku). Aku rasa macam nak nangis dah. Ingatkan, aku pernah bagitahu aku tak pernah jauh dengan ma? Ni kali pertama aku jauh dengan ma. Serius, nak nangis.

Hari yang ma nak pergi Kuantan untuk warded pun tiba. Tengok ma packing baju, Ya Allah..tak tahu nak describe, sebab aku tak pernah jauh dengan ma macam ni. Korang boleh baca post ni  Weird.Pelik-part I  untuk tahu macam mana aku dengan ma. Ma keluar dari rumah hari tu, memang hari last pun ma dekat rumah. Pagi tu, ada jiran-jiran yang datang hantar ma termasuklah sorang nenek ni berjiran dengan kiteorang (nenek tu pun dah meninggal dunia-al fatihah). Masa ni, ma cakap dengan nenek tu, "Saya nak pergi terus dah ni".

Ma dekat hospital Kuantan dalam 3 bulan. Kali pertama aku melawat ma sebab ma bagitahu ayah ma rindu anak-anak. Dekat rumah aku tinggal dengan Kakak aku, abang aku masa tu kerja dekat Kuantan. Ayah pulak jaga ma dekat hospital. Ayah pun ambik aku dengan kakak aku. Masa sampai hospital, aku dah Nampak ma ats katil sambil senyum :') pakai baju hospital warna hijau. Masa ni ma kuat lagi. Ma senyum dekat aku-rindu! Senyuman pertama dari hari last ma keluar dari rumah haritu. Ok, sekarang rasa tak kuat sangat.huhu. Aku still ingat situasi, keadaan time tu. Still segar. Dan antara memori yang aku taknak dah ulang semula sebab aku takkan kuat buat kali kedua dah.

Aku sedih bila pikir perasaan ma masa warded sebab aku pun faham situasi bila warded macam mana. Tapi, serius la ma kuat. Sebab ma kuat aku rasa sedih. Dia senyum je sentiasa, lepas tu dia pulak kena bagi aku semangat. Dia selalu sebut, "Ma akan balik, nanti dah sihat ma balik." Sekarang aku tahu dia cakap macam tu sebab nak bagi aku kuat je :'( Masa tu aku duk berkepit je dengan ma, aku merengek-rengek Tanya bila ma nak balik, bila ma nak balik. Aku tahu dia risaukan aku macam mana. Allah juga Maha Penyayang-Dia bekalkan aku juga semngat dan kekuatan.

Dalam tempoh masa tu, aku jarang pergi sekolah. Kadang-kadang direct seminggu tak pergi sekolah sebab aku nak jaga and dekat dengan ma. Malam-malam aku jaga ma, aku akan bancuhkan glucose perisa oren untuk ma. Bawa ma naik wheelchair pergi toilet and mandikan :') Belikan ma air milo, bbur dekat café hospital. Uwaaaaaa... Aku sedih. Masa ni hari-hari yang ma kuat lagi. Aku boleh manja-manja dengan ma lagi.

Tapi, progress ma semakin hari bukan semakin baik :( Dari boleh berjalan- naik wheel cahir-terlantar-koma..... Ma start lemah bila semakin banyak prosedur hospital yang menyakitkan. Semakin lemah bila kena tebuk, kena operation. Tapi, kenapa ma kuat. Ma boleh nangis kalau ma nak :). Now, aku yg kena kuat untuk ma, bukan ma yang kena kuat untuk aku. Hari-hari ma semakin lemah, aku semacam dah xde kekuatan untuk jaga sebab aku dah tak sanggup tahan tengok ma.

Ada satu keadaan tu, ma baru lepas operation, ma bagitahu aku, "Adik kena kuat, adik kena pandai cari kawan." Tak tahu kenapa ma bagitahu macam tu. Aku sedih. masa tu aku percaya ma akan sembuh. Aku Percaya sangat ma akan sembuh. Aku pergi koridor and menangis sebab bila orang sekuat ma dah cakap macam tu, bermaksud kekuatn dia pun dah semakin susut. Ya Allah.

Seingat aku ma tak pernah merungut bila kena cucuk, kena tebuk, kena operate. No! Dia cakap dia nak sihat! dan- satu hari Doc nak ma jalani satu lagi prosedur, kalau tak salah namanya Laproscopic-Masukkan camera melalui mulut untuk view kedalam organ. Sungguh-aku dengar dan aku takut dan aku tak sanggup! Aku hantar ma naik stretcher sampai ke dewan bedah. Bila ma siap, luluh aku tengok keadaan ma. Lemah dan tak berdaya. Ya Allah, aku betul-betul tak mampu. Masa alihkan ma, aku nmpk bekas urine dan aku tahu ma sakit masa prosedur tu dijalankan. Ma bukannya diberi full paralyzed. ya Allah-beratnya ujian bagi ma. Aku sayang ma sangat-sangat. Masa ma sedar, ma bagitahu dia nak balik-- Dia dah xnak buat laproscopic--sebab prosedur memasukkan camera melalui mulut adalah tanpa bius. Allahuakbar. Aku tak tahu nak buat apa. Aku menangis sangat-sangat.

Ma makin lemah- ada satu ketika, ma dah mula meracau-racau. Ma cakap bawa ma ambik wuduk, ma nak solat atas katil, sedangkan masa tu ma terlantar :( Malam-malam ma meracau Nampak benda hitam dekat syiling. cakap Nampak ada orang asli lah. Masa ni kakak aku yang jaga ma. Aku serius akn jadi lemah dan tak kuat bila ma macam tu.

Setiap malam masa ma dah tido, aku akan pergi tepi koridor hospital. Aku tengok luar--Aku Nampak kereta dekat jalan. Aku membayangkan , bestnya orang dalam kereta tu. Aku membayangkan kehidupan. Aku terfikirkan ma boleh sihat ke, ma boleh balik ke. Aku sedih. Aku taknak mama sakit, aku tak sampai hati.

Ada satu hari aku terkilan sampai harini. Aku dah seminggu jaga ma masa tu. Plan asal aku nak balik padahari ketujuh and ayah aku smbung tunggu. Tapi, pagi esoknya rupa-rupa ma ada operation. Ma minta aku teman malam tu sebab aku tahu dia risau untuk operate. Dia nak ada orang tunggu. Tak tahu kenapa aku rasa tk kuat dan nak balik.Kenapa aku macam tu, kesian ma:) Bila aku cakap boleh tak aku balik, ma senyum and cakap, "Takpelah, adik balik lah..mungkin Doc bagi ma ubat malam ni, jadi ma tidur je"...Hmm..Aku nak nagis masa tulis ni, serius aku terkilan dan sebak. Aku rasa aku teruk sebab balik :( Aku rindu ma sangat. Ma banyak senyum--baik dengan nurse..Sampai semua nurse kenal ma dah time tu. Ma, semoga syurga tempat ma. Amin.

Dan--tiba satu hari kebetulan satu keluarga ada. Abang aku ada, ayah ada, kakak aku ada. Ma pelik sangat haritu, ma lemah dan taknak berenggang dengan ayah lansung. Ma bersandar dekat ayah masa tu. Tiba-tiba satu wad kecoh bila mak sesak nafas. Nafas ma turun-naik laju sangat. Aku, abang, and kakak panic. Kenapa ma macam ni. Nurse panggil doc. Abang Tarik aku and kakak pergi koridor luar sebab aku serius rasa lembik dan takde kekuatan tengok ma. Aku selemah-lemah insan rasanya. Masatu, kebetulan ada sorang kawan abg yang mengajar mamengucap. Ma mengucap lancer, tiga kali----------Selepas tu mak tak sedarkan diri dah. Mam dah koma! sedihnya. Masa dekat koridor, abang peluk kiteorang. Mencari kekuatan yang ada.

Tempoh mama koma 3 hari je. Fully guna bantuan mesin oksigen. Ma, adik rindu ma. Ma masuk HDW, High Dependacy Ward. Doc diagnosed probability adalah 70-30. Tapi, aku masih percaya mama akan sihat :') Aku baca yasin tepi mama dari malam bawa ke pagi tanpa tidur. Aku setia tunggu tepi ma. Bacakan ayt quran tak putus-putus. masa koma, semngat ma masih kuat. Bila kita bisik tepi telinga, air mata dia jatuh...Allah, sayangi kedua ibu bapaku sebagaimana mereka mengasihani aku sewaktu aku masih kecil :'  Aku selalu bisiik ayat suci alquran, selawat...

Ada sehari, aku tatap wajah koma mama. Aku rasa sedh dan sayu. Tergambar pengorbanan selama 13 tahun sebelum. Ma sangat baik dengan anak-anak. tak pernah dilayan kalau minta nak makan-makan. Penuh kelembutam, penuh belaian, bagi kasih sayang. ma tak pernah cakap aku-kau dengan anak-anak. pengorbanan sebagai isteri apetah lagi :') Ayah pernah bisik pada ma, "Syurgalah tempat Nor harapnya" Alhamdulillah, ma bawa pergi redha suami. Masa ma nak koma, ada nurse yang sedih dan menangis. Sebab, ma baik sangat. orang baik memang pergi awal, kan? Aku rindu ma sangat.

Mama koma tiga hari--orang tak putus datang ziarah--kebanyakannya mesti mengalirkan air mata. Mama, kalau orang luar pun boleh menangis, apetah lagi anak-anak ma. Hari ketiga, doc sahkan ma meninggal dunia. Aku blur- kebetulan dengan bantuanNya, htepat saat ma pergi, Allah mudahkan dengan kebetulan semua keluarga sebelah ma sedang dating ziarah. Mudah untuk bahagikan tugas. Doc minta kebenaran untuk buat post-morterm, ayah tak izinkan. Cukup-cukuplah mama sakit masa hayatnya. Tak perlulah mama dibedah lagi selepas hayatnya. Biarlah tak tahu punca sebenar, kami hanya mahu selesaikan secepat mungkin. Ayah pun kalau boleh tak izinkan mama dimasukkan dalam bilik mayat.

Nak dijadikan cerita, semua proses hospital selesai petang--Ini bermakna, penghantaran jenazah menggunakan van hanya smpai pukul 7 petang. Pihak hospital bagitahu, kalau penghantran esok, bermakna mama akan dimasukkan dalam bilik mayat. Ayah seboleh mungkin taknak. Dengan izinNya, driver van jenazah pernah kerja satu tempat dengan ayah dan dia sanggup tolong ayah. Alhmdulillah. Jadi, mama selamat dibawa ke Temerloh. Proses pengkebumian selesai keesokan hari.

Dan...Hari-hari selepasnya bukanlah mudah untuk seorang aku. Aku belajar menerima dalam tempoh 3 bulan yang Allah pinjamkan.  Aku pulang ke rumah 3 bulan 1 hari selepasnya tanpa ma ikut sama :') Ayat ma terngiang-ngiang, "Nanti ma sihat, ma balik" ma tak balik pun. Ma pergi terus. Aku tengok tempat ma selalu tidur, dan aku peluk ma. Aku tengok krusi tinggi tempat aku selalu tengok ma masak, sungguh--Aku mana kuat. Kehilangan sebenar yang dulu aku tangguhkan untuk bayangkan. Aku tak pernah rasa sejauh dan selama ni aku akan 'berenggang' dengan ma. Dan-- inilah sebabnya aku tak pernah menyesal bila aku tak pernah ada kenangan lansung memori kanak-kanak aku bsama kawan-kawan. 13 tahun aku cukup padat dengan memori bersama ma. Mungkin Allah nak aku simpan sebagai bekalan untuk 13 tahun selepas :') 13 tahun selepas, bermula lah 'kehidupan sebenar' seorang Aznorlita Zainuddin.

Tak ada lagi rasa selamat dan nyaman dalam pelukan ma. Tak ada lagi istilah 'manja'. Liku-liku hidup untuk pertahankan diri. Melalui zaman awal remaja tanpa seorang ibu-- tanpa nasihat dari ibu-- Ada masa-masa aku kalah juga walaupun aku memang dah redha. Ada masa-masa aku alami tekanan perasaan duduk rumah sorang, ada masa-masa aku khyal sorang-sorang dekat rumah. Sebab--Ini kehilangan besar untuk aku yang serapat ini dengan ma. Ayah pernah bagitahu, perkara pertama yang dia paling risau kalau ma tak ada adalah AKU... sebab, ayah tahu macam mana rapat aku dengan ma.

Aku tak tahu--mungkin Allah pinjamkan je kekuatan pada aku. Atas izinNya dan kuasaNya. Kalau ikutkan, aku tak akan sekuat ni.

Ma, adik sayang ma.Kita jumpa nanti dekat sana, InshaAllah.
Al-Fatihah.
Assalamualaikum

2 comments:

  1. Alfatihah buat mama..Bongok la cik ni...sedih kot.Hahahaha

    ReplyDelete
  2. hahaha..kan ..sedihlah ingat perjalnan mama sakit..huhu..strong gile kot

    ReplyDelete