Assalamualaikum
Kejadian berlaku pada 12/3/2017. Sambungan telenovela ayamoree semalam ye. Hahaha. Entry sebelum ni aku stop yang Hazwie tido memusing tu kan. memang ye. Start lepas maghrib, dia tidur tak sedarkan diri lansung malam tu. Malam tu aku ok lagi lah sebab faham dia penat.
Tapi, bila esoknya dah Ahad still tido, apakah sangat?? tak pening kah? Aku start angin, aku call dia. haha. Bila dia dah bangun, aku text dia, "nak tido 3 hari ke?" Perangai aku pun taknak kalah. haha. Macam tu lah kiteorang, memang kuat bergaduh ok. Aku jenis bising membebel.
Sempat tu sebenarnya aku malas nak keluar tapi hati nak. Sekali kalau dia tak faham cakap tak payah keluar..OMG..OMG..OMG.. Nak marah and menjeritnya rasa. Berdenyut-denyut hati ni..kahkahkah. Pompuan ni perangai memang menyakitkan hati kan? Ke pompuan tu maksudnya aku sorang je. Krik..Krik..
Selepas beberapa roll drama berlalu, maka kiteorang pun keluar. Tempat pertama (drum Rollsss) MAKAN.. Gigil ni lapar sebab malam tu aku makan nanas sebiji. Kiteorang makan dekat Baser, area Bandar Puteri. Aku makan nasi ayam + Air Durian Belanda suam. Hazwie makan Nasi Beriani Ayam + Bandung Ais. Sedapnya dapat makan, Syukur Alhamdulillah. Akak pekerja Indon tu tak faham yang kiteorang nak order sup kaki ayam. Bila Hazwie order, "Ada tak sup kaki Ayam?", Dia macam blur. Bila Hazwie repeat, dia blur lagi. Lepastu kiteorang pandang memandang, serentak cakap, "Takpelah Kak". hahaha. Sian akak tu sebab dah tak tahu nak explain macam mana pada dia.
Lepas makan, aku teman Hazwie pergi cuci kereta. Dah la kereta berderet. Sambil tunggu sambil telenovela lagi. Haha. Risau pasal kahwin lah apa, nangis lagi masa tu..Dah siap basuh kereta, Kiteorang pergi Tesco nak cari hadiah kahwin Si Anis. Kebetulan pulak Tesco ada sale haritu. Aku pilih la satu hadiah Anis. Aku suka gila hadiah tu. haha. Sebab..entah.hahaha. Hazwie membeli banyak jugak. Dia beli, singlet untuk pakai masa akad nikah, bag plastic sampah, ferbreze, tissue kereta, sabun basuh, pinggan kertas, mangkuk plastic, dengan susu plastik. Dia mencari-cari jugak penyapu dengan berus tapi mahai.
Aku rasa aku beli lagi banyak. Aku beli hadiah Anis, inner putih untuk pakai masa hari akad, pensel color Luna yang mini saiz, sharpener, pembalut hadiah, kad kahwin, saletip, air mineral dan toilet fragrance ambi pur. Settle part barang, kena pikir tempat untuk balut hadiah Anis sebab Tesco tak prepare customer service untuk balut hadiah.
Jalan punya jalan nak pergi area Putrajaya, nampak lah 1 Myvi Putih. Apa yang menariknya tentang MyVi Putih ittew? Yang menariknya, belakang bonet dia ada jual doriyan. OMG..OMG.. Hazwie pun U-turn sebab kiteorang dah terlajak. Ni Durian Udang Merah.. Woot..Woot.. tapi yang ni jauh lagi murah dari versi 1.0 yang kiteorang makan. 3 biji Udang Merah dalam RM60 lebih. Bayangkan haritu RM179 dik oiii. macam kena tipu je dulu tu..Bhahahaha. Makan macam biasa dekat tepi Taman Wawasan sampai kenyang. Alhamdulillah.
Next destination? Putrajaya. Untuk cari port tampal TQ tag and balut hadiah Anis. Jalan punya jalan rupanya Hazwie pergi Cyber. Jumpa port seronok tepi jalan, ok lah.. Sebab dah petang, dah redup khennn. Berangin kuat betul masa balut hadiah Anis. Dah la kotak agak besar. Pembalut beli dua je. Masa balut, ada part kena tampal. Hazwie ni kije nak band akuuuu je. Dia cakap patut aku sambungkan dulu 2-2 wrapping paper tu, baru balut. E, aku tak suka ok balut cmtu, tak kemas. Lantok sana, aku buat degil balut style aku. Dah la aku nak balut ada line sket, so, aku lipat kecik la bahagian wrapping tu, dia peratiii je aku buat keje sambal muka nak tergelak. Ko boleh??? Aku tak boleh la aku tengah buat keje orang psyco-psyco tunggu aku buat silap nak membahan.Hahaha. Macam kes reben haritu, habis senget-senget reben aku sebab dia pandang macam tunggu aku buat silap..hahahaha. Aku tahu muka nak tergelak dia masa aku tengah melipat wrapping tu, bila aku pandang, dia cover muka ok. Ingat aku tak nampak.
Bila settle balut, terus haru hujan, Dah tak sempat lansung buat TQ tag tu semua. Sebab hari dah hujan, kiteorang pun terus je balik Puchong. Haaa..dekat sini masa makan malam ada lagi drama Telenovella. tapi, malas dah nak cerita. hahaha
Siap makan, terussss balik. yey.
Alhamdulillah for blessing day, Ya Allah.
Assalamualaikum.

No comments:
Post a Comment