Pages

Wednesday, 10 August 2016

Pengalaman Sakit Dan Sedikit Sharing Tips-Part 1

Assalamualaikum...

lama je entry ni terperap dalam draft..hehehe..Sebab cerita yang ni panjang. Aku pun dah tak berapa ingat dah sebab first aku sakit umo 16 tahun. Ni dah berapa tahun berlalu weyh. Memori dah gone..hahaha. Aku cerita sisa-sisa memori je la eh.. Aku divide pada dua entry sebab aku pernah operation dua kali setakat ni.
 
Bila cakap pasal sakit ni; ada la few people akan tanya aku...tunang taw ke aku sakit? Tunang taw ke aku pernah operation sampai dua kali. Of course dia taw sebab bohong sangat aku tak bagitaw..hahaha. Sebab, implication pada sakit aku memerlukan aku pre-caution sket.Masa dia berjumpa keluarga aku pun, abang aku dah bagitaw siap-siap. Alhamdulillah setakat ni dia ok. Tak tahu lah akan datang beliau x ok ke kannnnnn...heeeeeee. 
 
1st symptom
Tahun:2006
Location: Sekolah Menengah kebangsaan Mahmud, Raub, Pahang
- Masa ni aku baru bpe bulan duk asrama. Dengan sorang kawan aku nama Liza. Sekejap gila ok aku duk asrama. Sebenarnya aku tak boley bla duk asrama. Tapi, memang ada LESEN BESAR la dapat tukar sebab sakit ni..kihkihkih. Yang aku ingat, ada satu malam tu, perut aku sakit gila. Sakit sampai tahap tido bergulung mcm tenggiling ye...hiperbola nya aku..hahahaha. Tapi, aku still tak inform ayah ke family ke. Ngek kan? hehehe. Sebab, aku pikir sakit perut biasa je.
 
Untuk first symptom, sakit tu on-off. Siang tu ok, aku pegi sekolah macam biasa. Malam sakit semula. Last sekali yang aku ingt, urine aku dah start change color. Normally urine akan yellow-ish kan? Ni dah tukar macam pink-ish..hahha..Bukan lah pink comel tu yerrr, sila paham..maksud aku wrna seakan nak kata darah pun tak. Eh, cmtulah..sila paham sendri..hahahaha. Untuk early symptom, memang sakit on-off sampailah aku start balik cuti rasanya.
 
2nd symptom
Location: Taman Sri Layang, Mentakab, Pahang
- Masa kat rumah ni sakit bukan main-main dah. memang sakit betul. Abang atau ayah aku kalau tak silap asyik bawa aku pergi Hospital Temerloh, checking. Time tu diorang suspect kencing Kotor. Aku kena minum air warna putih jernih yang rasa macam payau air kelapa, Air pitih rasa macam kapurlah.. Termuntah-muntah aku minum..hehehee.. Adalah dekat seminggu jugak berulang checking cmtu and result still sama; kencing kotor.
 
After a week, aku semakin sakit. Ni xde dah dia bagi can on-off. sakit dia tahap berterusan. Tido pun sakit, bangun pun sakit. Ni tahap abang aku dukung dari tingkat atas rumah ke dalam kereta. Sakit ni pakej muntah yang dah warna hijau. Selalu dari seminggu sebelum, abang aku akan tanya..dari 10, skit tahap apa... Selalu aku jawab 5-6-7 gitu la... hari ni dia Tanya, aku bagi 10 terus..hahaaha. Aku memang angkat bendera putih. nak ke hospital jugak.
 
Hospital and Operation
Hari yang sama aku warded. First time warded aku masuk gynae. Sebab, doctor suspect ada cyst dalam ovary. Time tu aku sorang paling muda dalam wad gynae tu; 16 tahun..hehehe.. Yang lain akak-akak. malam pertama nak kena tinggal wad sorang, menangis mencurah-curah ok..hahahaha... Sebab tak ada orang teman.. Ada la sorang akak katil depan dengan ada sorang anak lelaki dengan perempuan tengok aku nangis..hehehehe.. Aku ingat lagi, dah la akak tu panggil aku Ita..hahaha. Malam tu disebabkan tak ada org jaga, aku kat wad dengan tangisan yang tak sudah-sudah..hehehe.. Akak tadi tu lah yang pujuk and teman aku. Ajak tengok TV lah apa..hehehe..
 
Malam kedua cmtu kalau tak salah, akak aku ada temankan dah kot. Perut aku dah bloated. Macam pragnent 2 bulan camtu. Prosedur rawatan dah macam-macam aku lalui and of course ada yang sakit hoiiii... Ada ayat-ayat orang yang datang cakap, "Mengandung anak sulung ye?" Amboiiii..hahaha. Ada yang buat ayat, "Kesian..muda-muda lagi dah kena sakit macam ni." Masa tu aku muda lagi. Bila doc suspect cyst kat ovary, aku macam xde perasaan pon.hahaha. Entah, time tu dalam kepala aku, aku nak sihat je. Blur weyh.hahaha. Segala prosedur samada patut/ tak patut dilakukan oleh seorang doctor untuk umur macam aku pun, aku macam biarkan je. Tak ada nak Tanya doctor tu ke, tak ada nak inform family ke.
 
Note something, becoz of  that..now im the one when people around me or myself warded, I definitely will ask doctor anything..from A-Z..hahaha.. lantok sana kalau soalan aku nampak bengong dimata doc sekalipun. Well, sebab, warded di gov, kita tak boleh harap doc akan explain everything, They just got lots of patience every day. Kita kena ringan mulut Tanya pasal condition DIRI KITA SENDIRI ye.. kalau tak, sampai sudah ko tak tahu hari ni ko sihat tak, harini apa treatment ko, and bpe lama lagi ko kena warded..hehehhe. Seiously people, jangan takut bertanya ok. Diorang takkan marah punya. Kita kena expert tentang diri kita dari orang lain. Kalau sakit tu buat kita tak larat untuk Tanya, minta tolong ahli kelaurga tanyakan. OK?
 
lagi satu, Contoh lah harini treatment adalah operation. Jangan sekadar tahu...HARINI AKU KENA OPERATION DEKAT PERUT SAHAJA. After surgery, please Tanya doctor...during surgery, what they did to your stomach..hahaha. Doctor ada keluarkan abdomen ke, doctor ada cuci abdomen ke, doctor ada potong abdomen ke.Contoh ye. Haaa, ni penting if anything future..kalau pergi hospital lain...Ko boleh jawab pada doctor lain dengan confidentnya...Ni takdelah terbangang-bangang jawab, operation kat perut je..hahahaaha. memang setiap doctor akan tahu kalau kita explain sikit-sikit apa yang kita lalui tapi better lah kita tahu apa yang orang buat pada tubuh badan kita.  (ehem, cakap macam ada pengalaman..hahahah). Ni aku share based on experience aku lah. Tak tahu lah kalau di hospital gov lain, ada doc yang memang willing explain details dekat setiap patience current condition, next treatment etc. Kalau tengok macam tak, silalah buat apa yang aku sharekan ye..heeeeeee... Opsss, panjang pulak tips..kahkahkahkah.
 
Ok, continue. Aku rasa adalah seminggu aku macam tertunggu-tunggu apa yang jadi kat diri aku ni..hahaha..Perut semakin bloated dari hari ke hari. One day, ada sorang pakar datang untuk check sorang patience ni. Kebetulan, dia round ward, dia check aku sekali. Tiba-tiba je dia suruh la doc lain tu set appoiment untuk operation aku immediately keesokannya. Tak boleh tangguh dah. Tanjat mak time tu..hahaha.. Aku macam...still blur..hahaha..takut ada tapi sebab tanggung sakit kan, jadi rasa redha..buatlah pape janji sihat. Gituwwwww... Lain kalau kita sihat, conform lah akan takut betul kan? hehehe.. Malam tu, aku kena puasa mcm biasa, pakar bius datang check, etc.
 
Esok, kalau tak salah aku..pagi kena pergi tukar baju surgery..naik atas stretcher untuk masuk operation theatre. Masa ni aku dengan prasaan blur lagi. Ayah, kakak, and abag aku ikut la tolak stretcher sampai dewan bedah tapi ada dekat satu line diorang kena stop situ and tak boleh ikut..uwaaaa..kat sini aku start sedih sikit..hehehhe. Lepas family tak boleh masuk dah, nurse tolak aku yang keseorangan dalam dewan bedah tu.. Sejuk dia...ya ampunnnn yeeee..menggigil aku. Aku pandang kiri-kanan je... yang aku ingat, diorang stopkan aku betul-betul bawah lampu and buka lampu tu. Silau mak..hahahaha. Sempat la tengok jap diorang kehulu-kihili prepare apa ntah...tetibe je, ada sorang ni datang suruh aku count 1-10. Aku taw dah masa untuk full paralyzed bius.. Aku mengucap, count 1,2,3,4,5,6......ZZZZZZZZZZZZZZZZZZ
 
Aku first sekali sedar bila rasa macam orang panggil and tepuk-tepuk mini pipi aku. Betul-betul mamai. Lepas tu gelap. Sedar lagi bila rasa mulut macam kena sembur dengan angin. Ntah diorang guna apa ntah. gelap lagi..hahaha..Aku sedar lagi sikit rasa macam dah dekat wad, diorang nak alih aku dari stretcher ke katil wad. Mamai kuasa kuda. Mamai dia tahap bila sdr macam semua orang jadi macam wave, tenggelam timbul-gelap. cmtu. Untuk hilangkan betul-betul semua bius, aku rasa adalah ambik masa dalam 3-4 hari kot. Hari kedua dah sedar cuma rasa high taw..hahaha...cmni rupanya high..kekekekekeke.. Kepala berdengung, ketuk rasa kosong cmtu.
 
Aku sedar, pandang kiri-kanan aku penuh mesin, Aku Nampak 1 mesin dengan 1 picagari besar.. Morphin barangkali..hehehe.. Setiap kali rasa sakit, aku boleh press je button tu. Aku tengok wayar dah berselirat. 1 bekas operation panjang dekat tengah perut, pinggang kiri kanan kena tebuk, dah siap pakai urine tube (bahagia rasa sebab tak yah lalui sakit masa pakai..hahaha-sekali 2nd operation rasa kena pakai sebelum operation-hambikkk) hahahaha. Hidung dah siap berwayar (ni pun bahagia sebab pakai semasa/selepas operation-again; second operation sume kena pakai sebelum operation-sakit mak enon). During the operatin, baru doc tahu sebenarnya aku tak ada relate lansung dengan cyst. Aku adalah appendiks yang pecah dan nanah dalam perut aku ada dalam 2.5 liter cmtu. So, diorang transfer aku wad biasa. Aku tak dudk gynae lagi dah.
 
Aku rasa sejak operation, ada dekat 3 minggu aku tak jamah pape. Hari-hari masuk antibiotic mlalui drig, masuk air, etc. Aku sebenarnya tak berapa ingat dah bila part ni..hahaha.. Aku skip jelah smapai minggu ke-empat, doc bagi aku makan soft food.. woohoooo..Aku lapar gile ok..hahaha..1st meal aku lepas operation, bubur dengan sup ayam kot. Mata aku bila tengok makanan bersinar-sinar ok..hahahaha. Aku makan banyak and habis.hahaha.. Perut aku kosong gile ok..hehehe. Lepas tu dapat susu tepung. kakak aku bancuhkan. Oh, aku sangat sayang kakak aku ok..hahaha..dia banyak jaga aku...hahahaha. Tapi, ada 1 hari time aku mamai, aku cakap taknak kakak aku jaga sebab dia jaga main-main..hahahha...ngek.hahaha. Second operation kakak and abg aku jaga sama-sama malam tu.(entah cne diorang merayu kat nurse sampai boleh jaga dua orang 1 patience..hahahah)
 
Skip cerita, doc cakap aku dah boleh balik. Alhamdulillah. Tapi dengan syarat aku kena kentut and buang air besar dulu..hahahhaa... Berdebar ok nak tnggu dua-dua ni berlaku.. Mula-mula satu subuh aku kentut..Alhamdulillah. tak pernah aku rasa seseronok ni bila kentut..hahahaha.. lepas tu dua hari lepas tu, aku rasa macam nak kentut.. dalam masa yang sama rasa macam yekeeee nak kntut ni..hahahha..ngek, punya lama tak berak sampai confuse rasa nak berak cmne..kahkahakha..Masa tu subuh. Aku kejut kakak cakap nak cuba p toilet. berdebar ok..hahahaha.. kakak aku tengah tdo-mamai..hehehe. Sekali memang berak.. Bergembira aku subuh tu..hahaha. Alhamdulillah. Siang tu kalau tak silap aku boleh discharge. Syukur sangat. Selepas hamper sebulan warded.
 
Seingat aku, selepas 2 minggu camtu, aku kena buka benang jahit and ada beberapa appoiment. Lepas tu keadaan back to normal. Aku boleh tuar sekolah harian biasa..hahahah.
 
Hikmah? banyak. Antaranya:-
1) Sedar untuk nak sihat
2) Bonding antara keluarga jadi lebih rapat
3) Jadi syukur atas nikmat kesihatan walaupun dapat makan, dapat kentut, dpat berak. Sykur.
4) JAGA KESIHATAM PLEASE
5) banyak lagi sebenarnya
 
nanti, kalau rajin aku sambung untuk second operation ye..hehehe.
daa..Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment