Pages

Monday, 6 June 2016

Diary Ramadhan: day 1

Assalamualaikum..

First day puasa. Aku jenis susahnyaaaa nak bangun sahur. Awal-awal rajin lagi. Cuba tengok hujung-hujung.... Jenis aku, kalau sahur..tak makan takpe, jangan tak minum air sebab aku jenis minum air banyak dalam sehari. Berbuka hari pertama, aku berbuka dengan Hazwie. Puasa pertama tahun ni jatuh hari Isnin. Disebabkan jatuh hari pertama bekerja, kiteorang decide nak berbuka ala-ala picnic...Kalau nak spesel sekaligus dengan aktiviti-aktiviti, kiteorang decide nak buat weekend. Aku pun setuju..hehehe..Hari bekerja tak larat.

Ok, first mission on first day, kiteorang kena cari Bazaar Ramadhan. Yey!hahaha. Bila aku suggest Bazar dekat Bukit Kinrara, Hazwie taknak. Ok foinnneee...Dia nak cari dekat Puchong Perdana. Baiklah. Mula-mula jumpa yang pertama, tapi macam satu row je. Dia cakap, xpee..cari lagi..Ok, jumpa yang kedua depan rumah flat. Aku macam, haaaaa...oklah sini dari tak jumpa. Dia cakap, xpeee..kedepan sikit lagi. Aku dalam hati dah start berkata-kata, "Ada jugak ni tak sempat"..

Sekali jumpa Bazar yang lagi best.hehehe..Sebab ramai dan panjang dan lagiii banyak pilihan. Masa tengah jalan first round, aku jenis tengok dan set..apa makanan yang paaaaalingg buat aku terliur sebab kalau ikut kegemaran dan ksedapan, banyak hoi.hahaha. Aku plan dengan Hazwie, kena ada 1 makanan berat, 1 makanan yang ringan, air, kurma. tu je. Hazwie jenis bertenang ok. Bertenang dia sampai aku yang tak boleh bertenang.hahaha.

Dia boleh jalannnnn...tengokkk..dulu first row. Then, slowly decide..Aku tak boleh, apa yang aku nampak sedap semuaaa aku nak beli..hehehe..Tapi disebabkan dia jenis bertenang, aku kena la berpura-pura bertenang..Karang Nampak menggelabah didepan beliau, lepastu kena tegur. Bila dah habis first round, nak masuk second round.. Aku dah taw apa maknan berat yang aku nak, makanan ringan yang aku nak..hehehe.. Nak taw apa yang aku decide?????

                                                                              -
                                                                              -
                                                                              -
                                                                              -
                                                                              -


Aku decide aku nak makan nasi putih + Ayam goreng kunyit + Daging goreng kunyit + Sambal + Kicap. Dah kenapaaaa sedap sangat ni. hahaha. Aku serius terliur makan kering macam ni. kalau kuah-kuah rasa muak sangat dah.. Last-last Hazwie nak jugak. Aku syak dia ni ikut tekak aku je ni sebab ramai sangat orang. hahaha.. Aku risau sebab dia bertenang sangat. Lepastu aku bagitaw, aku nak bubur pulut hitam. Hazwie ambil bubur lambuk. Eh, tapi bubur dia sedaplah.. Boleh beli lagi lepas ni. Dua-dua bubur pun sedap.

Last sekali, beli kurma dan air manga. Aku nyaris terjebak beli tauhu sumbat. My all time favourite. Tapi sebab kena maroh and sentap, terus tak beli.kahkahkah. Tapi mujur jugak sebab lepas berbuka, memang tak larat nak masuk apa dah. Apa yang kiteorang beli ngam-ngam. Syukur Alhamdulillah. Dah selesai beli dekat bazar, kiteorang gerak pergi Taman Wawasan..nak berbuka dekat situ. Aku suka macam tu dari berbuka kedai.hehehe

Sebelum sampai Taman Wawasan , Hazwie nak beli durian. So, beli sebiji besar. Ngam-ngam la setting masa.. Sampai je Taman wawasan, terus kiteorang rehat jap and sempat hidang-hidang....terus berbuka.. Mula-mula makan bubur, nasi, and durian. Bubur lambuk settle, nasi settle, air sttle, durian settle. Bubur pulut hitam aku, carry forward ke sahur..hehehehe. Lepas berbuka, kiteorang pun balik.

Nanti weekend, planning lain pulak..oklah, tu lah cerita first day puasa aku tahun ni. Alhamdulillah atas nikmat-Nya. Teringin nak solat tarawih pulak.InshaAllah.

Jumpa lagi, tata.

No comments:

Post a Comment